Kajian baru dapati S'pura punyai jalan raya terbaik di dunia; pemandu ada pendapat berbeza
Anggaran Waktu Membaca:

Jalan raya di Singapura. (Gambar: AFP)
SINGAPURA: Satu kajian baru mendapati Singapura mempunyai jalan raya yang terbaik di dunia. Dapatan ini bagaimanapun mencetuskan perbincangan hangat online berhubung keadaan prasarana jalan raya dan budaya pemandu di bandar ini.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkongsi satu rencana mengenai kajian tersebut yang diterbitkan oleh syarikat pendidikan pemandu antarabangsa Zutobi bulan lalu, dalam hantaran Facebook mereka pada Selasa (4 Okt).
"Kami mendapat markah keseluruhan tertinggi bagi jalan raya dan bagi jumlah paling sedikit kematian akibat kemalangan jalan raya berbanding negara lain seperti Belanda, Switzerland dan Jepun," menurut LTA dalam hantaran tersebut.
Singapura mendapat markah 9.44 daripada 10 dalam ranking mutu jalan raya Zutobi. Singapura adalah salah satu negara yang meraih markah lebih tinggi daripada 9/10. Belanda mencapai markah kedua tertinggi iaitu 8.62.
Kajian itu menyatakan bahawa markah mutu jalan raya dikira berdasarkan faktor-faktor berikut:
1) Mutu jalan raya
2) Penambahbaikan dalam mutu jalan
3) Kematian akibat kemalangan jalan raya
4) Saiz relatif rangkaian jalan raya
Sekalipun demikian, pengguna online dengan pantas menyangkal keputusan itu. Ramai yang berkata masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Satu komen dalam nada sindiran di Facebook berbunyi: "(Lebuh Raya Jurong Island) mempunyai 'jalan raya yang terbaik' di seluruh negara. Jalan raya yang retak, berlubang, tidak rata dan laluan pejalan kaki yang tidak diselenggara dengan baik."
Dalam hantaran di forum Hardwarezone, para pemandu juga menarik perhatian mengenai "pembaikan jalan raya berlubang yang kurang memuaskan" yang dibaik pulih oleh pekerja binaan selepas kerja-kerja jalan raya.
Jalan raya yang berlubang tidak diperbaiki dengan betul, menurut para pemandu. Sebaliknya, ia ditampal atau ditutup sementara dengan kepingan besi. Ini kemudian akan menyebabkan lubang itu untuk muncul semula.
Ada juga para pemandu yang lebih prihatin dengan langkah-langkah keselamatan di jalan raya, seperti lampu jalan dan penanda jalan yang memantul cahaya.
Ada juga pengguna jalan raya yang berasa budaya memandu di negara ini seharusnya menurunkan ranking Singapura.
Seorang pengguna Reddit berkata selepas beliau berkongsi jalan raya dengan pemandu di Australia dan New Zealand yang berada di kedudukan kelima terburuk dalam senarai mutu jalan raya Zutobi, beliau berharap pemandu Singapura lebih bersikap seperti mereka.
Seorang pengguna Reddit yang lain berkata: "Jalan raya secara keseluruhannya baik. Kita harus sedar bahawa ia tidak akan sempurna di mana-mana setiap masa. "
"Namun saya masih berharap kita akan menunjukkan lebih banyak ihsan di jalan raya untuk menyelaraskannya dengan mutu jalan raya."
"Kami amat berterima kasih atas penghargaan ini. Kami akan terus berusaha untuk mengekalkan dan menambahbaikan infrastruktur jalan raya kami," tulis LTA dalam hantaran Facebook mereka.

Sumber : Today/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.