Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kafe Penny University, Terang Bulan SG buka kedai di WGS

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kafe Penny University dan Terang Bulan SG antara peniaga yang baru bertapak di Wisma Geylang Serai bagi menarik lebih ramai golongan muda ke situ.

Wartawan Nur Arina Ahmad Anis bertemu dengan pengasas kedua-dua kafe itu pagi tadi.

Kafe berkonsepkan gaya minimalis dan santai Penny University memang dikenali dengan pelbagai jenis minuman kopi dan hidangan 'hipster'.

Cawangan terbarunya kini dibuka di WGS.

Menurut Penny University, 70 peratus pelanggannya di WGS merupakan golongan muda.

Ini merupakan langkah yang dianggap berhasil dalam usaha menarik lebih ramai golongan muda ke Wisma Geylang Serai.
Antara tarikan lokasi bagi cawangan ketiganya itu adalah kepelbagaian program dan aktiviti yang sering dianjurkan di WGS.

"Saya amat tertarik dengan pendekatan sudut masyarakat Wisma Geylang Serai di mana ia mahu menggabungkan F&B dengan program-program yang mereka buat setiap minggu.

"Waktu kami di East Coast, Penny Univeristy yang lama kebanyakan pelanggan kita bukan orang Melayu. Mungkin 30 peratus orang Melayu. Yang lain golongan ekspatriat, bangsa-bangsa lain. Saya betul-betul harap saya boleh menarik semula para pelanggan lama ke sini. Jadi ia seperti pembuka mata untuk mereka juga lihat budaya Melayu yang kaya di sini dan memiliki demografi yang lebih pelbagai di sini iaitu bukan saja orang Melayu tetapi saya juga ingin menarik bangsa-bangsa lain, terutamanya golongan muda juga," kata pemilik Penny University, Encik Mouss Kamal kepada wartawan Nur Arina Ahmad Anis.
Cik Siti Nurbahiyah, seorang pengunjung di Wisma Geylang Serai secara jujur mengaku beliau jarang ke Wisma Geylang Serai.

Lantaran itu, beliau berasa seronok kerana kini terdapat pilihan kedai makanan yang lebih menarik.

"Ia adalah langkah pertama yang baik untuk mengadakan kafe sebegini jadi kita pun nak meneroka dan mencari tempat-tempat yang kita boleh bersantai, terutamanya ada alat hawa dingin jadi lebih menarik untuk budak-budak zaman sekarang," kongsi Cik Siti.

TERANG BULAN SG DIBUKA DI WGS

Potensi menarik pelanggan muda mendorong Cik Adita Tian Permata Sari untuk membuka kafe pertamanya di WGS.

Sebelum ini, beliau hanya menjual 'martabak manis' dari rumah, kemudian pasar-pasar malam.
"Saya memang ingin membuka kedai di Geylang kerana pasaran yang disasarkan pun sesuai dengan makanan Indonesia. Tidak hanya orang Indonesia saja tetapi orang-orang Melayu kita. Ramai yang datang ke kawasan sini dan saya juga menyasarkan golongan muda juga. Kita membuat tempat ini selesa supaya golongan muda pun dapat menikmati makanan dengan suasana yang santai," kata pemilik Terang Bulan SG itu.
Selain beraneka jenis 'martabak manis', kafe ini juga menyediakan pelbagai hidangan asal Indonesia yang menepati citarasa golongan muda.
Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan