Kafe Orange & Teal milik Chee Soon Juan gulung tikar
Kafe Orange & Teal, yang diasaskan oleh Setiausaha Agung Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan dan isterinya, akan menutup operasinya.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kafe Orange & Teal, yang diasaskan oleh Setiausaha Agung Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan dan isterinya, akan menutup operasinya.
Dalam catatan di Facebook pada pagi Selasa (11 Nov), pasukan kafe itu menulis: “Rakan-rakan yang dihargai, kami telah memutuskan untuk menamatkan perjalanan kami bersama Orange & Teal.
“Walaupun bab ini sudah berakhir, kami melakukannya dengan penuh kesyukuran dan optimisme. Kami berbesar hati kerana dapat memulakan Orange & Teal, dan kami mengambil keputusan untuk menamatkannya juga atas keputusan kami sendiri – dengan keyakinan bahawa keberanian dan semangat muhibah yang dibawanya akan terus hidup.”
Catatan Facebook yang dikongsi oleh Dr Chee itu turut menambah: “Kami akan menyambung semula perjalanan ini pada suatu hari nanti.”
Kafe itu turut mendedahkan bahawa ia sedang mengadakan jualan bagi barangannya dari 11 hingga 13 November.
Mediacorp sudah menghubungi kafe tersebut dan Dr Chee untuk mendapatkan maklumat lanjut, termasuk punca premis itu ditutup.
Kafe Orange & Teal dibuka pada Jun 2021 di Rochester Mall, sebelum membuka cawangan keduanya di Marina Square pada Ogos 2022. Cawangannya di Marina Square ditutup pada Oktober 2024.
Semasa kafe itu dibuka, Dr Chee berkata ia merupakan “impian jangka panjang” beliau dan isterinya untuk mewujudkan sebuah tempat di mana perbincangan dan perdebatan boleh diadakan.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.