Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kafe ini bantu pelajar berkeperluan khas langkah ke alam pekerjaan

Kafe Mama Espresso di Sekolah MINDS Woodlands Gardens bertujuan membantu para pelajar untuk beralih dari pendidikan formal kepada pekerjaan sepenuh masa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Jun 2022 07:33PM Dikemas Kini : 30 Jun 2022 09:20PM
SINGAPURA: Dari membancuh kopi hinggalah kemahiran sosial, inilah kemahiran-kemahiran yang dipelajari lulusan Gerakan Golongan Kurang Daya Intelek Singapura (MINDS) demi dapat bekerja dalam industri makanan dan minuman (F&B).

Kafe Mama Espresso di Sekolah MINDS Woodlands Gardens bertujuan membantu para pelajar untuk beralih dari pendidikan formal kepada pekerjaan sepenuh masa.

Inisiatif terbaru itu sebahagian daripada program Dari Sekolah Hingga ke Tempat Kerja bagi para pelajar berkeperluan khas.

Presiden Halimah Yacob yang melancarkan kafe ini menyatakan, ia akan menyediakan para pelajar dengan pengalaman pembelajaran autentik dalam penjualan runcit, perkhidmatan dan perhubungan.

Beliau menambah, usaha melengkapkan para pelajar dengan kemahiran baru akan membantu mereka mencapai potensi sepenuhnya dan melibatkan mereka dalam masyarakat.

Kini terdapat rancangan untuk meluaskan lagi program ini ke bidang-bidang lain.

Pengetua Sekolah MINDS Woodlands Gardens, Lawrence Chong berkata: "Kami sedang meneroka pertanian bandar. Menerusi wadah-wadah ini, mereka boleh menjual sayur-mayur yang dihasilkan pertanian bandar.

"Pada bulan-bulan tertentu, kami berhasrat mendermakannya kepada golongan memerlukan untuk mengajar para pelajar kami konsep, pemikiran untuk tidak hanya menerima daripada masyarakat tetapi mereka boleh menyumbang kembali kepada masyarakat."
Sumber : CNA/ZM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan