Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kafe Hello Kitty di Lapangan Terbang Changi akan ditutup

Kafe Hello Kitty 24-jam yang pertama di dunia dan terletak di Lapangan Terbang Terminal 3 Changi, akan tutup kedai.

Anggaran Waktu Membaca:
Kafe Hello Kitty di Lapangan Terbang Changi akan ditutup

(Gambar: Hello Kitty Orchid Garden)

Diterbitkan : 12 Oct 2018 04:41PM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 04:45PM

SINGAPURA: Kafe Hello Kitty 24-jam yang pertama di dunia dan terletak di Lapangan Terbang Terminal 3 Changi, akan tutup kedai.

Hari terakhir kafe itu beroperasi adalah 8 Februari tahun depan, menurut kafe tersebut dalam satu kenyataan media pada Jumaat (12 Okt).

Kafe Hello Kitty Orchid Garden adalah kafe bertema yang pertama jenama tersebut di Singapura. Ia dibuka pada 12 Mei 2016, dan menerima sambutan hangat oleh para pelanggan.

Kafe tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh Europa Specialty Restaurant, rakan kongsi berlesen Sanrio.

Pembantu pengurus pemasaran syarikat itu, Cik Fiona Chin berkata: Oleh kerana lesen dan kerjasama kami dengan Sanrio Co Ltd sudah tamat, Hello Kitty Orchid Garden akan ditutup secara tetap.

"Kami ingin menyampaikan rasa berterima kasih dan syukur akan kesemua peminat dan penyokong kafe ini," beliau menambah.

Hello Kitty Garden merancang untuk menganjurkan pesta selamat tinggal untuk para peminatnya pada 8 hingga 9 Disember dan 15 hingga 16 Disember.

Tiket-tiket boleh didapati secara online di Peatix mulai Jumaat (12 Okt). Setiap tiket, berharga S$138, untuk dua orang.

Di pesta tersebut, kafe itu akan menyajikan versi-versi lebih kecil hidangan popular, makanan ringan dan kad-kad Terima Kasih Hello Kitty yang istimewa buat setiap orang.

Para pelanggan akan turut menerima patung edisi terhad Orchids For You yang bernilai S$49 dan semua barangan akan diberi potongan harga sebanyak 20 peratus.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan