Kafe coklat popular dipndip bakal buka cawangan di SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: dipndipsingapore/Instagram
SINGAPURA: Penduduk Singapura tidak lama lagi sudah tidak perlu bersusah-payah untuk ke seberang koswe semata-mata untuk menikmati hidangan pencuci mulut yang ditawarkan kafe popular dipndip.
Kafe dipndip mengumumkan pada Ahad (1 Okt), menerusi satu catatan Instagram, bahawa ia bakal membuka cawangan di Singapura tidak lama lagi.
dipndip bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi cawangannya itu mahupun tarikh pembukaan rasmi cawangan tersebut.
Kafe tersebut cukup terkenal dengan aneka hidangan pencuci mulut, yang terdiri daripada 'crepe' 'brownies' dan 'waffles', yang disiram sos coklat.
Selain pelbagai sajian pencuci mulut, ia juga menawarkan berbagai perisa minuman 'milkshake'.
Bagaimanapun, menu yang ditawarkan di cawangannya di Singapura belum diperincikan.
Kafe milik Muslim itu membuka kedai pertamanya di Syria, pada 2009.
Ia kini sudah mempunyai lebih 140 cawangan di 19 negara termasuk di Malaysia.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.