Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kaedah ujian kemampuan bantuan guaman akan disemak agar lebih ramai dapat manfaat

Tidak lama lagi, lebih ramai rakyat Singapura akan mendapat bantuan guaman percuma bagi kes-kes sivil. Ini kerana Kementerian Undang-Undang (MinLaw) sedang menyemak semula kriteria-kriteria yang ditetapkan bagi mereka yang ingin mendapatkan bantuan daripada Biro Bantuan Guaman.

Anggaran Waktu Membaca:
Kaedah ujian kemampuan bantuan guaman akan disemak agar lebih ramai dapat manfaat

Gambar fail Mahkamah Tinggi Singapura.

Diterbitkan : 02 Mar 2018 10:14PM Dikemas Kini : 02 Mar 2018 10:15PM

SINGAPURA: Tidak lama lagi, lebih ramai rakyat Singapura akan mendapat bantuan guaman percuma bagi kes-kes sivil. Ini kerana Kementerian Undang-Undang (MinLaw) sedang menyemak semula kriteria-kriteria yang ditetapkan bagi mereka yang ingin mendapatkan bantuan daripada Biro Bantuan Guaman.

Demikian menurut Menteri Negara Kanan Undang-Undang Indranee Rajah di Parlimen hari ini (2 Mac).

Kaedah ujian kemampuan bagi menggunakan bantuan guaman kini disemak dan butiran lanjut akan diumumkan tahun ini, kata Cik Indranee.

"Walaupun kami ingin membantu lebih ramai orang, prinsip kami adalah sistem kami seharusnya membantu mereka yang benar-benar tidak mampu mendapatkan khidmat guaman," kata beliau.

Kementerian itu sedang bekerjasama dengan badan kehakiman dan pengamal undang-undang bagi memastikan kos khidmat guaman dimampui selain memperkemas perbicaraan-perbicaraan sivil, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-undang K Shanmugam ketika Dewan membahaskan tentang belanjawan Kementerian Undang-Undang.

Ia juga sedang meninjau langkah-langkah bagi mengukuhkan penguatkuasaan penghakiman sivil. Rundingan awam dijangka diadakan tahun ini, kata beliau.

Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Patrick Tay, Encik Shanmugam mengatakan had tuntutan sehingga S$10,000 bagi Tribunal Tuntutan kecil akan dinaikkan.

Kes-kes yang melibatkan tuntutan dengan nilai lebih tinggi pula berkemungkinan dibicarakan di mahkamah pengadilan selepas semakan dilakukan.

JUMLAH HAKIM YANG HADIR BAGI KES-KES TERTENTU

Encik Shanmugam juga mengatakan bahawa kementerian berkenaan tidak akan menyemak semula jumlah hakim yang perlu menghadiri perbicaraan kes-kes pembunuhan, di mana hukuman mati antara hukuman yang mungkin dijatuhkan ke atas pesalah.

"Kami belum lagi melihat peri perlunya untuk menyemak semula isu ini namun, ia tidak bermakna kami tidak akan melakukannya sama sekali," kata Encik Shanmugam menjawab pertanyaan AP Christopher de Souza.

"Para anggota tahu, sejak 2012, jika seseorang dijatuhi hukuman mati dan memutuskan untuk tidak membuat rayuan, perbicaraan pengesahan akan diadakan di Mahkamah Rayuan," kata Encik Shanmugam.

Ini bagi memastikan hukuman mati akan selalu disemak oleh sekurang-kurangnya tiga hakim di Mahkamah Tinggi, tambah beliau.

Cik Indranee juga memberikan perkembangan tentang jumlah kes di mana tertuduh yang tidak mampu mendapatkan khidmat guaman meminta bantuan guaman.

Menurutnya, sejak 2015, Pemerintah menyediakan hampir S$6 juta kepada Khidmat Pro Bono Persatuan Guaman. Ini berjaya membantu hampir empat kali ganda lebih ramai pemohon pada 2017, berbanding 2015. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan