Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kaedah rawatan barah darah lebih berkesan diuji

Para pengkaji di Singapura sedang menggunakan kaedah lebih berkesan untuk merawat pesakit yang menghidap sejenis barah darah, Acute Lymphoblastic Leukemia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Jul 2019 08:16PM Dikemas Kini : 31 Jul 2019 10:19PM

SINGAPURA: Para pengkaji di Singapura sedang menggunakan kaedah lebih berkesan untuk merawat pesakit yang menghidap sejenis barah darah, Acute Lymphoblastic Leukemia.

Ini adalah kali pertama kaedah sedemikian digunakan di sini.

Kaedah baru itu dapat menyingkatkan tempoh rawatan sebanyak lebih 90 peratus berbanding dengan rawatan tradisional kemoterapi.

Barah itu lazimnya menjejas mereka yang berusia di bawah 25 tahun, dengan sekitar 60 kes sedemikian dikesan di Singapura setiap tahun.

Encik Joel Lim pertama kali dikesan menghidap penyakit leukemia apabila berusia tujuh tahun.

Beliau menjalani rawatan kemoterapi bagi mengatasi penyakit barah itu, dan juga menjalani pemindahan sumsum tulang.

Namun, penyakit leukemia yang dihadapinya kerap datang kembali.

Pada Mac lalu, beliau menjalani rawatan Terapi Cel CAR-T yang baru dan keadaan beliau beransur pulih.

Encik Joel merupakan antara 10 pesakit yang menjalani rawatan menerusi kaedah itu di bawah satu percubaan oleh Hospital Universiti Nasional Singapura.

Berbanding dengan rawatan kemoterapi yang boleh mengambil masa sehingga dua setengah tahun, rawatan menerusi kaedah sel terapi CAR-T hanya memakan masa antara tiga hingga empat minggu.

Bagi membolehkan lebih ramai pesakit meraih manfaat menerusi kaedah rawatan baru ini, para pengkaji akan bekerjasama dengan hospital-hospital di Malaysia untuk memulakan satu percubaan melibatkan 100 pesakit mulai Januari tahun depan.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan