Skip to main content

Singapura

Kaedah perubatan alternatif beri harapan baru bagi penghidap Hepatitis B

Kaedah perubatan alternatif memberi harapan baru bagi para penghidap Hepatitis B.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Jun 2019 07:03PM Dikemas Kini : 12 Jun 2019 09:34PM

SINGAPURA: Kaedah perubatan alternatif memberi harapan baru bagi para penghidap Hepatitis B.

Seorang penghidap virus itu pulih selepas beliau berhenti mengambil perubatan.

Kaedah perubatan alternatif itu digunakan dalam satu ujian klinikal di Singapura.

Warga Indonesia berusia 49 tahun itu pulih selepas menjalani rawatan selama empat bulan di Hospital Universiti Nasional Singapura.

Meskipun perlu menjalani pemeriksaan setiap bulan, beliau tidak perlu lagi membelanjakan jumlah yang besar untuk perubatan.

"Dahulu, saya membelanjakan sekitar S$3,000 hingga S$4,000 bagi perubatan, ultrasound dan imbasan CT. Sekarang saya berasa bebas, saya tidak perlu membelanjakan wang dan dapat menjimatkan wang," kata Ecik Arfan Awaloeddin.

Namun, tidak semua pesakit yang sesuai untuk menjalani kaedah rawatan itu.

Selain perlu mempunyai jumlah penanda jangkitan rendah bagi virus Hepatitis B, para pesakit perlu memakan ubat selama sekurang-kurangnya setahun dan bebas dari sirosis hati.

Percubaan tiga tahun itu yang bermula Januari lalu dibiayai oleh Majlis Penyelidikan Perubatan Kebangsaan.

Ia bertujuan mengambil sehingga 150 peserta dan akan diadakan di beberapa hospital terpilih yang lain.

Sumber : CNA/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita