Kaedah baharu diuji cuba untuk rawat kemurungan
Kaedah baru dan lebih khusus untuk merawat jenis kemurungan tertentu kini sedang diuji.
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Try Sutrisno Foo
SINGAPURA: Kaedah baru dan lebih khusus untuk merawat jenis kemurungan tertentu kini sedang diuji.
Ia menyasarkan bahagian tertentu dalam otak pesakit dalam usaha untuk merawat penyakit mental.
Kaedah baharu itu dikhususkan untuk pesakit yang mengalami apa yang diberi nama 'gangguan tahan rawatan", yang
bermakna pesakit tidak bertindak balas terhadap kaedah lain seperti ubat, atau bantuan psikiatri.
Kaedah rawatan baharu itu menggunakan imbasan MRI yang berfungsi secara berasingan untuk mengenal pasti bahagian paling sesuai dalam otak pesakit untuk dirangsang.
Dengan teknologi kecerdasan buatan (AI), rawatan itu boleh dikhususkan untuk setiap pesakit.
Kaedah sedia ada merangsang bahagian sama dalam otak kesemua pesakit.
Uji cuba selama dua tahun itu yang dimulakan pada bulan lalu adalah pertama seumpamanya di rantau ini, menurut Institut Kesihatan Mental (IMH) dan NUS Medicine.
"Menerusi imbasan 10 minit atau 20 minit, anda boleh memperolehi imej lebih jelas berbanding 15 atau 20 tahun lalu, di mana kita memerlukan masa lebih daripada sejam.
"Dengan algoritma dan teknologi MRI moden, kita boleh mengekstrak rangkaian otak setiap individu," kata Profesor Madya Thomas Yeo dari Sekolah Perubatan Yong Loo Lin di NUS.
"Harapannya adalah jika ia berkesan sebagai rawatan bagi kemurungan tahan rawatan, ia boleh diperluaskan untuk merawat kondisi lain yang sukar untuk dirawat, mungkin untuk merawat kecelaruan obsesif-kompulsif, gangguan tekanan selepas trauma, autisme dan kondisi-kondisi lain.
"Jika kita boleh merawat kemurungan ia menunjukkan bahawa kemurungan adalah satu penyakit biologi dan bukan sesuatu yang berlegar-legar dalam benak fikiran anda," kata Konsultan Kanan IMH, Dr Tor Phern Chern.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.