Skip to main content

Singapura

Kaedah AI tingkatkan pembelajaran perlu dikawal: Chan Chun Sing

Sekolah-sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IHL) kini boleh memanfaatkan aplikasi ChatGPT dan kaedah kecerdasan buatan (AI) generatif yang serupa untuk meningkatkan lagi pengalaman pembelajaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Kaedah AI tingkatkan pembelajaran perlu dikawal: Chan Chun Sing

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 06 Feb 2023 07:15PM

SINGAPURA: Sekolah-sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IHL) kini boleh memanfaatkan aplikasi ChatGPT dan kaedah kecerdasan buatan (AI) generatif yang serupa untuk meningkatkan lagi pengalaman pembelajaran. 

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing menambah terdapat perbincangan untuk meneroka penggunaannya dalam persekitaran pendidikan.  

Namun, Encik Chan memberi amaran perlu ada langkah-langkah mencegah penyalahgunaan. 

Para pelajar akan dinilai tentang keupayaan menganalisa dan membuat pemerhatian di luar kandungan yang dihasilkan teknologi AI. 

Selain itu, terdapat juga strategi untuk mengukur kecekapan pelajar dan juga bagi mengesan penjiplakan. 

Encik Chan turut menekankan peri pentingnya para pelajar  memahami proses pembelajaran, bukan sahaja mendapatkan jawapan.  

"ChatGPT boleh menjadi alat berguna bagi pembelajaran hanya apabila para pelajar sudah menguasai konsep asas dan kemahiran berfikir. 

"Dalam dunia yang tidak menentu, kita juga perlu mengajar para pelajar untuk memanfaatkan alat-alat dalam norma baru ini yang memberi pelbagai hasil. 

"Ini akan diperluaskan kepada alat-alat AI yang akan meningkatkan jangkauannya dan tidak boleh memberi jawapan yang pasti," kata Encik Chan.

Sumber : CNA/IA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita