Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar Zakat Fitrah tahun ini S$5.00 dan S$7.70

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kadar Zakat Fitrah bagi Ramadan 1444H/2023 adalah S$5.00 (kadar biasa) dan S$7.70 (kadar tinggi) untuk setiap orang.

Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu kenyataan pada Rabu (22 Mac).

Dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan diunjurkan pada 2023 dan harga pengguna yang kian meningkat, MUIS menyatakan pihaknya telah memantau harga-harga beras di Singapura dengan lebih kerap.

Penilaian MUIS menunjukkan bahawa terdapat sedikit penurunan bagi harga gred biasa beras, dan sedikit peningkatan bagi harga gred beras yang tinggi.

Perubahan kecil harga ini membawa kepada penurunan sebanyak S$0.10 bagi kadar biasa Zakat Fitrah dan peningkatan S$0.10 bagi kadar tinggi Zakat Fitrah berbanding Ramadan 1443H/2022.

CARA BAYAR ZAKAT

MUIS menggalakkan masyarakat Islam untuk menunaikan Zakat Fitrah dan Zakat Harta mereka menerusi wadah-wadah online untuk mengelak barisan panjang di masjid-masjid.

Untuk memudahkan lagi urus niaga itu, MUIS merintis kios layan diri Bayaran SalamSG di 16 masjid menerusi Gerakan SalamSG.
Para penyumbang boleh menunaikan bayaran Zakat Fitrah dan Zakat Harta dengan menggunakan Kad Debit mereka.

Kios-kios layan diri itu disediakan di masjid-masjid ini:

a) Al-Ansar (Bedok)
b) Al-Falah (Orchard)
c) Al-Islah (Punggol)
d) Al-Istiqamah (Serangoon North)
e) Al-Mukminin (Jurong East)
f) Al-Muttaqin (Ang Mo Kio)
g) An-Nur (Woodlands)
h) Ar-Raudhah (Bukit Batok)
i) Assyakirin (Taman Jurong)
j) Darul Aman (Eunos)
k) Darul Ghufran (Tampines)
l) Khalid (Joo Chiat)
m) Muhajirin (Braddell)
n) Mujahidin (Stirling)
o) Pusara Aman (Lim Chu Kang)
p) Sultan (Kampong Glam)

Terdapat juga pelbagai wadah digital disediakan untuk membayar zakat. Ini termasuk:

Bagi zakat harta dan zakat fitrah:

- Menerusi laman ZakatSG, www.zakat.sg atau menggunakan PayNow atau Kad Debit
- Aplikasi DBS, POSB, PayLah atau perbankan internet di https://internet-banking.dbs.com.sg
- CIMB Clicks di https://www.cimbclicks.com.sg
- Stesen-stesen AXS merata negara menggunakan Kad ATM, Kad Debit atau NETS
- AXS e-Station, www.axs.com.sg, menggunakan Kad Debit, PayNow, DBS Paylah!, e-NETS
- AXS m-Station (aplikasi mudah alih) menggunakan Kad Debit, NTES, DBS PayLah!, OCBC PayAnyone
- OCBC AL-Wadiah
- Bayaran cek kepada MUIS

Bagi zakat harta sahaja:
- OCBC Al-Wadiah
- Bayaran ansuran bulanan menerusi GIRO (muat turun borang GIRO di www.zakat.sg)

PENGALAMAN PENGGUNA DIPERTINGKAT

Untuk menyediakan pengalaman online yang lebih baik buat penyumbang zakat, MUIS baru-baru ini mempertingkatkan portal laman ZakatSG.

Portal itu menyediakan kalkulator baru yang memudahkan kiraan pelbagai jenis Zakat.

Ia juga menyediakan antaramuka atau interface yang lebih baik untuk memudahkan proses pembayaran.
Sumber : BERITA Mediacorp/NJ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan