Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar tetap pinjaman rumah di sesetengah bank diturunkan

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar tetap pinjaman rumah di sesetengah bank diturunkan

HDB flat di Singapura. (Gambar fail: TODAY/Ooi Boon Keong)

Diterbitkan : 21 Jan 2023 07:51AM Dikemas Kini : 21 Jan 2023 07:59AM
SINGAPURA: Trend kenaikan kadar faedah tetap pinjaman rumah yang ditawarkan di beberapa bank kebelakangan ini kelihatan sudah bertukar menjadi lembap sedikit.

OCBC memberitahu Mediacorp bahawa ia sudah memperkenalkan "kadar pada potongan harga" pada pertengahan Disember, menawarkan gadai janji dua tahun pada 4.25 peratus setahun dan gadai janji tiga tahun pada 3.9 peratus setahun.

Pakej dua tahun sebelum ini ditetapkan pada 4.3 peratus, sementara pakej tiga tahun yang pertama kali diperkenalkan bulan lalu, ditetapkan pada 4 peratus.

Kadar gadai janji tetap satu tahun kekal tidak berubah pada 4.3 peratus.

OCBC merupakan satu-satunya bank tempatan yang mengemas kini tawaran kadar tetap pinjaman rumah sejak November. Malah, OCBC, DBS serta UOB menaikkan kadar gadai janji pada paras menjangkaui 4 peratus menyusuli kenaikan faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Dalam kalangan peminjam asing, PropertyGuru menyatakan bahawa ia memerhatikan sedikit penyesuaian kepada kadar gadai janji di Standard Chartered Bank dan Citibank.

Kedua-dua bank tersebut enggan mengulas mengenai perubahan kadar yang lebih rendah, apabila dihubungi Mediacorp. Standard Chartered hanya menyatakan bahawa ia menyemak semula tawaran gadai janji secara berkala dan melaksanakan penyesuaian berdasarkan keadaan pasaran.

Pada tahun lalu, ketika bank pusat meneruskan kenaikan kadar untuk mengetatkan dasar kewangan, beberapa bank membuat semakan pantas terhadap kadar pinjaman masing-masing. Kadar gadai janji, khususnya, meningkat melebihi paras 4 peratus kepada paras yang tidak pernah dilihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SingCapital Alfred Chia berkata keperluan untuk kekal berdaya saing adalah salah satu sebab mengapa kadar gadai janji tetap di sesetengah bank mungkin menurunkan paras tertinggi mereka baru-baru ini.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan