Skip to main content

Singapura

Kadar tarif efektif eksport SG ke Amerika akan lebih rendah daripada 10%: MAS

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan bahawa kadar tarif efektif eksport Singapura ke Amerika Syarikat kini adalah sekitar 8 peratus, berbanding 6.8 peratus dalam tinjauan sebelumnya.

Ini selepas mengambil kira tambahan seganda tarif ke atas import keluli dan aluminium Amerika.

Menurut MAS, walaupun Singapura mengelakkan kemelesetan teknikal pada suku kedua tahun ini, pertumbuhan GDP mungkin berkurangan menjelang 2026.

Ini terutama sekali kerana eksport ke rakan-rakan dagangan serantau terjejas, dengan tarif asas 10 peratus akan mula dikuatkuasakan dari 1 Ogos.

Kelembapan ekonomi yang lebih meluas ini dijangka akan memberi tekanan kepada perbelanjaan domestik, menjejas sektor runcit serta makanan dan minuman (F&B).

Dari segi pekerjaan pula, apabila syarikat-syarikat menangguhkan perluasan perniagaan, permintaan bagi pekerja mungkin terus berkurangan sepanjang separuh kedua tahun ini.

Pertumbuhan juga mungkin terjejas dan ini mungkin berpanjangan daripada yang dijangkakan.
Sumber : CNA/AI/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita