Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar simpanan tetap di S'pura naik lagi susuli promosi terbaru bank

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar simpanan tetap di S'pura naik lagi susuli promosi terbaru bank

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Oct 2022 06:33PM Dikemas Kini : 06 Oct 2022 07:03PM
SINGAPURA: Kadar simpanan tetap di Singapura semakin meningkat, dengan sesetengah daripadanya mencecah paras yang belum pernah disaksikan dalam tempoh hampir 24 tahun.

Sesetengah bank di sini malah masih meneruskan promosi yang agresif.

Semakin banyak bank mengumumkan promosi terbaru mereka bagi bulan Oktober sejak UOB menaikkan kadar simpanan tetap pada Isnin (3 Okt).

Bagi simpanan tetap selama 12 bulan, Maybank menawarkan kadar faedah tertinggi sebanyak 3 peratus setahun. Pilihan lain termasuk OCBC, UOB, RHB, HSBC dan Standard Chartered yang menawarkan antara 2.65 peratus dengan 2.9 peratus.

Kadar ini adalah yang tertinggi dalam hampir 24 tahun. Kali terakhir kadar faedah menjangkaui 3 peratus bagi simpanan tetap selama 12 bulan adalah pada November 1998 di mana bank-bank menawarkan 3.11 peratus, menurut data Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Menjangkaui 12 bulan, kadar promosi bagi tempoh 15 bulan ditetapkan pada 3 peratus dan 3.05 peratus oleh UOB dan Maybank. Bagi mereka yang boleh menyimpan wang tunai mereka bagi tempoh yang lebih lama, RHB menawarkan sehingga 3.2 peratus bagi tempoh selama 24 bulan.

Terdapat lebih banyak pilihan bagi para pengguna yang mungkin melihat tempoh kurang dari setahun.

Para pemiutang seperti UOB, Maybank, RHB dan HSBC menawarkan tempoh yang berbeza-beza antara empat hingga 10 bulan pada kadar setinggi 2.9 peratus setahun.

Promosi-promosi seumpama ini, yang menyaksikan kadar disemak setiap bulan, diumumkan sedang bank-bank pusat global cuba mengawal inflasi yang semakin meningkat.
 
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan