Skip to main content

Singapura

Kadar pinjaman gadai janji S'pura boleh naik lebih 3% dalam 6 bulan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Jun 2022 05:54PM Dikemas Kini : 04 Jun 2022 10:02PM
SINGAPURA: Bank-bank setempat memberi amaran kadar pinjaman gadai janji boleh naik lebih tiga peratus dalam enam bulan akan datang.

Ini menyusuli langkah Rizab Persekutuan Amerika yang memperketatkan dasar kewangannya.

Untuk membantu para pelanggan dengan kesannya, beberapa bank mula menawarkan pakej pinjaman berlainan.

Harga sewa bagi rumah privet adalah yang paling tinggi sekarang dalam tempoh hampir tiga dekad.

Kos sewa bulanan di sebuah kondominium berharga lebih $4,600, naik 10 peratus berbanding Januari lalu.

Namun, kadar pinjaman hartanah sudah naik seganda dalam tempoh lebih enam bulan lalu dan mungkin akan terus meningkat.

Bank-bank tempatan seperti DBS dan UOB sudah mula menawarkan kadar pinjaman gabungan, iaitu separuh pinjaman pada kadar tetap dan bakinya pada kadar terapung.

Ini diharapkan dapat membantu pelanggan berdepan dengan sebarang kenaikan pada masa akan datang.

Satu lagi alternatif, menurut seorang pengamat, adalah mempertimbangkan pakej pinjaman yang berdasarkan kadar deposit tetap sesebuah bank.

Kadar berkenaan secara lazimnya meningkat lebih perlahan.

Namun begitu, beliau menambah kenaikan bayaran bulanan tersebut boleh membantu meredakan pasaran hartanah negara dengan memaksa para pelabur mencari aset alternatif di tengah-tengah kadar inflasi yang meningkat.
Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita