Kadar pesalah dadah berulang turun, kadar keseluruhan kekal 'rendah & stabil': SPS
Kadar pesalah dadah yang mengulangi jenayah turun pada 2025 selepas kadar itu meningkat selama tiga tahun berturut-turut, menurut statistik tahunan terbaharu Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) yang dikeluarkan pada Isnin (9 Feb).
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Kadar pesalah dadah yang mengulangi jenayah turun pada 2025 selepas kadar itu meningkat selama tiga tahun berturut-turut, menurut statistik tahunan terbaharu Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) yang dikeluarkan pada Isnin (9 Feb).
Kadar pesalah berulang dalam tempoh dua tahun bagi kumpulan yang dibebaskan dari Pusat Pemulihan Dadah (DRC) adalah 26.1 peratus, turun hampir lima peratusan mata daripada 30.8 peratus pada tahun sebelumnya.
Penambahbaikan ini boleh dikaitkan dengan “rejim pemulihan dadah menyeluruh berteraskan bukti, dengan sokongan masyarakat yang kukuh” daripada rakan-rakan SPS dan Reben Kuning Singapura (YRSG), menurut SPS.
Kadar pengulangan kesalahan merujuk kepada peratusan banduan tempatan yang dipenjarakan, ditahan, atau dikenakan perintah melapor diri dalam tempoh dua tahun selepas dibebaskan ke dalam masyarakat.
Kadar keseluruhan pesalah berulang bagi tempoh dua tahun kekal rendah dan stabil, menurut SPS, dengan sedikit peningkatan bagi kumpulah yang dibebaskan pada 2023, iaitu pada 21.9 peratus berbanding 21.3 peratus pada tahun sebelumnya.
SPS menyatakan bahawa perangkaan tersebut merupakan antara kadar pesalah yang mengulangi jenayah dalam tempoh dua tahun yang terendah di peringkat global. Sebagai perbandingan, kadar pesalah yang mengulangi jenayah dalam tempoh dua tahun Hong Kong bagi kumpulan yang dibebaskan pada 2022, adalah 21.8 peratus.
Kadar pesalah yang mengulangi jenayah dalam tempoh dua tahun bagi wanita - pada 16.3 peratus - juga kekal lebih rendah berbanding lelaki (22.6 peratus) dalam kumpulan yang dibebaskan pada 2023.
Kadar keseluruhan pesalah yang mengulangi jenayah dalam tempoh lima tahun untuk kumpulan yang dibebaskan pada 2016 hingga 2020 juga kekal stabil, menurut SPS.
Menurut statistiknya, kadar pesalah yang mengulangi jenayah pada 2016 adalah 41.1 peratus sebelum ia merosot kepada 36.6 peratus pada 2019, dan kemudian meningkat kepada 39.3 peratus pada 2020.
“Mencegah kadar pesalah yang mengulangi jenayah dalam jangka panjang memerlukan ekosistem sokongan masyarakat dan keluarga yang mampan bagi bekas pesalah,” menurut SPS.
KADAR SERANGAN, BANDUAN MUDA
Kadar serangan meningkat daripada 54.4 serangan bagi setiap 10,000 banduan pada 2024 kepada 76.7 pada 2025, namun angka tersebut masih rendah berbanding penjara di negara-negara lain, menurut SPS.
SPS menyatakan terdapat peningkatan dalam jumlah dan peratusan banduan muda serta banduan reman di penjara.
Jumlah banduan muda meningkat sebanyak 36.2 peratus (daripada 307 pada 2024 kepada 418 pada 2025), manakala banduan reman meningkat sebanyak 21.4 peratus (daripada 1,350 pada 2024 kepada 1,639 pada 2025).
“Kategori banduan ini cenderung menghadapi lebih banyak isu penyesuaian apabila mula dimasukkan, lebih impulsif dan menggunakan kekerasan apabila terlibat dalam pertikaian dengan banduan lain,” menurut SPS.
Ia menambah bahawa keadaan ini “menyumbang kepada peningkatan kejadian serangan yang dilakukan oleh banduan muda dan banduan reman”.
Serangan merangkumi sebarang serangan oleh banduan ke atas pegawai penjara, atau serangan sesama banduan.
SPS turut menyatakan bahawa tiada kes melarikan diri daripada tahanan dilaporkan pada 2025.
Menurut SPS, ia terus bekerjasama dengan rakan masyarakat untuk mempertingkatkan program pemulihan dan penyepaduan semula bagi para penagih dadah melalui pelbagai inisiatif termasuk sokongan menyeluruh, program berasaskan masyarakat dan rejim pemulihan dadah yang dibezakan.
“Pekerjaan merupakan kunci kepada kejayaan bagi penyepaduan semula bekas pesalah,” menurut SPS. Pada 2025, 94 peratus banduan yang dirujuk kepada YRSG berjaya mendapatkan pekerjaan sebelum dibebaskan.
YRSG menyediakan khidmat bantuan kerjaya dan mempunyai kaunselor kerjaya untuk membantu banduan merancang kerjaya lebih awal serta bersedia untuk bekerja.
SPS menyatakan bahawa pihaknya dan YRSG akan terus bekerjasama dengan Rangkaian Tindakan Masyarakat untuk Pemulihan Bekas Pesalah, para sukarelawan, rakan masyarakat, majikan, keluarga, individu yang berhenti melakukan kesalahan serta agensi pemerintah lain untuk memperkukuh ekosistem sokongan bagi para banduan dan bekas pesalah.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.