Kadar permohonan 1.4 'kurang rancak' dalam jualan BTO Oktober sedang denda tidak pilih flat dilaksana
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: HDB)
SINGAPURA: Penjualan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) bagi Oktober menyaksikan kadar permohonan kira-kira 1.4 kali ganda sahaja daripada bekalan yang disediakan, beberapa jam sebelum permohonan flat ditutup pada Selasa (10 Okt) malam.
Setakat pukul 5.00 petang pada Selasa, 9,848 bakal pembeli sudah mendaftar untuk mendapatkan 6,800 unit perumahan baharu yang ditawarkan.
Demikian menurut data dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).
Para penganalisis hartanah menyifatkan kadar permohonan 1.4 itu sebagai "kurang rancak" dan antara penjualan BTO paling rendah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
HDB mengaitkannya dengan denda baharu bagi mereka yang enggan memilih flat ketika diberi peluang untuk melakukan demikian Denda baharu itu dikuatkuasakan pada Ogos.
Denda tersebut dikenakan ke atas pemohon kali pertama yang dijemput untuk menempah flat, namun gagal untuk melakukannya.
TAKUT DIDENDA
Di bawah peraturan baharu tersebut, pemohon kali pertama yang menolak tawaran HDB untuk menempah flat akan dikira sebagai pemohon kali kedua bagi permohonan BTO seterusnya, selepas mereka mencatat "kiraan tidak memilih" pertama.
Pembeli kali kedua mendapat keutamaan lebih rendah berbanding pembeli kali pertama ketika memohon flat.
Sebelum dasar tersebut diubah, pemohon kali pertama akan didenda HDB jika mereka menolak tawaran HDB sebanyak dua kali.
Langkah itu yang diumumkan pada Mac oleh HDB dan Kementerian Pembangunan Negara (MND), diperkenalkan untuk mengurangkan kadar penolakan flat BTO.
"Dengan pelaksanaan dasar baharu ini, pemohon harus berhati-hati dalam permohonan mereka. Mungkin terdapat pemohon yang tidak ingin dikenakan denda dan enggan untuk momohon flat baharu," kata ketua pegawai eksekutif PropNex Realty Encik Ismail Gafoor.
Selain faktor tersebut, penganalisis hartanah berkata bahawa projek-projek menarik yang dijangkakan dalam jualan BTO Disember mungkin menjadi sebab mengapa orang ramai enggan memohon flat baharu pada Oktober.

"Segelintir pemohon mungkin belum mendapat surat HFE mereka untuk memohon flat BTO. Tempoh menunggu yang lama antara jualan BTO Mei dengan Oktober mungkin menyaksikan permintaan beralih kepada pasaran flat HDB jualan semula," kata Encik Lee dari Huttons Asia.
Sumber : Today
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.