Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar pengangguran terus turun kepada 1.9% pada Ogos 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar pengangguran terus turun kepada 1.9% pada Ogos 2022

(Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 07 Oct 2022 12:52PM Dikemas Kini : 07 Oct 2022 12:55PM
SINGAPURA: Kadar pengangguran di Singapura terus turun pada bulan Ogos.

Kadar pengangguran secara keseluruhannya ialah 1.9 peratus.

Ia lebih rendah daripada kadar sebelum berlaku pandemik COVID-19 dan turun daripada 2.1 peratus pada bulan Julai.

Data terbaru Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menunjukkan 64,800 rakyat dan penduduk tetap negara ini kehilangan pekerjaan pada bulan Ogos.

Sebanyak 57,600 daripada mereka adalah rakyat Singapura.

Meskipun demikian, MOM mengingatkan bahawa kegiatan pasaran buruh boleh terjejas kerana berkurangnya kegiatan pengilangan serta kadar inflasi dan kadar faedah bank yang lebih tinggi.
Sumber : CNA/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan