Kadar pengangguran S'pura makin merosot
SINGAPURA: Kadar pengangguran di Singapura terus merosot.
Kadar keseluruhan pada bulan November lalu ialah 2.5 peratus, rendah sedikit berbanding 2.6 peratus yang dicatatkan dalam dua bulan sebelumnya.
Perangkaan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menunjukkan, kadar pengangguran dalam kalangan rakyat dan Penduduk Tetap merosot dari 3.4 peratus pada bulan Oktober kepada 3.2 peratus pada November.
Kadar pengangguran rakyat tempatan sahaja turun sedikit daripada 3.6 peratus kepada 3.5 peratus.
Seramai 70,200 warga Singapura menganggur pada November lalu, berbanding 72,000 pada Oktober.
Perangkaan bulan November adalah yang terendah sejak Mac 2020.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.