Kadar pengangguran SG naik sedikit pada Q1 2025; pertumbuhan pekerjaan semakin perlahan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Secara keseluruhannya, kadar pengangguran di Singapura meningkat sedikit daripada 1.9 peratus yang dicatatkan pada hujung 2024 kepada 2 peratus pada akhir suku pertama 2025, menurut perangkaan terkini daripada Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
Data yang dikeluarkan pada Jumaat (27 Jun) menunjukkan bahawa pasaran buruh terus berkembang tetapi merosot daripada 7,700 pekerjaan pada suku keempat (Q4) 2024 kepada 2,400 pada suku pertama (Q1) 2025.
Kerja kosong meningkat daripada 77,500 pada Disember 2024 kepada 81,100 pada Mac, mencerminkan peningkatan secara meluas, walaupun sektor pengilangan menunjukkan tanda permintaan buruh yang perlahan.
Statistik pasaran buruh MOM untuk Q1 2025 tidak memaparkan potensi kesan kenaikan tarif Amerika Syarikat kerana ini telah diumumkan pada awal April.
Kadar pengangguran adalah sebahagian daripada sekumpulan petunjuk yang diperhatikan dengan teliti oleh MOM untuk mengukur kesan tarif pada masa akan datang, kata Encik Ang Boon Heng, pengarah jabatan penyelidikan dan statistik tenaga kerja.
Petunjuk lain ialah peningkatan pada minggu kerja pendek dan pemberhentian sementara, yang cenderung menjadi maklum balas pertama majikan sebelum memberhentikan pekerja, serta penurunan pada jumlah kerja josong dan sentimen pengambilan pekerja yang lemah, katanya lagi.
Tinjauan ekonomi global kekal tidak menentu dalam tempoh terdekat, tetapi prospek permintaan luar Singapura bertambah baik sedang ekonomi-ekonomi utama mengambil langkah-langkah untuk mengendurkan ketegangan perdagangan, kata MOM.
LAMBAT UNTUK MENGAMBIL PEKERJA DAN MEMBERHENTIKAN PEKERJA
Data pekerjaan daripada Q1 2025 menunjukkan bahawa walaupun firma-firma berhati-hati dalam pengambilan pekerja, mereka juga menahan daripada memotong tenaga kerja dengan lebih mendadak, mencerminkan pendekatan lebih bersasar di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi, kata MOM.
Syarikat-syarikat perniagaan masih berhati-hati berdasarkan tinjauan tenaga kerja yang dijalankan oleh MOM pada April dan Mei - selepas pengumuman kenaikan tarif Amerika dan penggantungan tarif selama 90 hari bagi kutipan tarif melebihi 10 peratus. Penguatkuasaan 10 peratus tarif balasan masih berkuat kuasa.
Terdapat peningkatan sederhana pada usaha mengambil pekerja, dengan 40.5 peratus firma yang ditinjau pada Q1 2025 menunjukkan mereka merancang untuk mengambil pekerja bagi suku seterusnya. Ini meningkat kepada 42.2 peratus daripada mereka yang ditinjau pada April dan Mei mengenai rancangan pengambilan pekerja suku ketiga mereka.
MOM menegaskan bahawa peningkatan itu sebahagian besarnya didorong oleh sektor profesional dan khidmat kewangan, manakala sentimen pengambilan pekerja menjadi lemah bagi kebanyakan sektor lain.
Pertumbuhan pengambilan pekerja penduduk tempatan mencecah 300 pekerjaan pada Q1 2025, terutamanya dalam sektor kesihatan dan khidmat sosial, serta perkhidmatan kewangan dan insurans.
Sektor khidmat profesional dan infokom mengalami kemerosotan pada pengambilan pekerja penduduk tempatan.
Peningkatan kecil pada jumlah pekerjaan dalam kalangan penduduk tempatan tidak mengejutkan memandangkan penyertaan tenaga buruh dan kadar pengambilan pekerja yang sudahpun tinggi di Singapura, kata jurucakap MOM.
Pertumbuhan pekerjaan bukan dalam kalangan penduduk tempatan dipacu oleh pemegang permit kerja bagi jawatan-jawatan seperti pemandu bas dan trak, yang kurang berkemungkinan menarik pemohon dalam kalangan penduduk tempatan, menurut kementerian itu.
PENGANGGURAN NAIK, PEMBERHENTIAN PEKERJA TURUN
Terdapat peningkatan pada kadar pengangguran secara keseluruhannya - 2.9 peratus pada Disember 2024 kepada 3.1 peratus bagi rakyat tempatan pada Mac - dan daripada 2.8 peratus kepada 2.9 peratus bagi penduduk tempatan sepanjang tempoh itu.
Kadar pengangguran jangka panjang dalam kalangan penduduk tempatan juga meningkat kepada 0.9 peratus pada Mac lalu selepas kekal stabil pada 0.8 peratus sejak suku-suku dari Mac 2024.
Perangkaan ini, yang mengukur penduduk yang menganggur sekurang-kurangnya 25 minggu, kekal setanding dengan norma bukan kemelesetan antara 0.6 hingga 0.9 peratus, kata MOM.
Kementerian itu menekankan peningkatan kadar pengangguran jangka panjang dalam kalangan penduduk berusia bawah 30 tahun, meningkat daripada 0.9 peratus pada Disember 2024 kepada 1.2 peratus pada Mac.
Warga emas berumur 50 hingga 59 juga mengalami peningkatan pada kadar pengangguran jangka panjang daripada 1 peratus pada Disember 2024 kepada 1.1 peratus pada Mac, dan daripada 0.8 peratus kepada 1 peratus antara tempoh itu bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
Pemberhentian pekerja jatuh daripada 3,680 pada suku sebelumnya kepada 3,590 pada Q1 2025, dan jumlah pekerja yang diletakkan pada minggu kerja pendek atau pemberhentian sementara berkurangan daripada 660 pada suku sebelumnya kepada 570 pada Q1 2025.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.