Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar pengangguran SG naik kepada 2% pada Jul 2023

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Sep 2023 06:33PM Dikemas Kini : 08 Sep 2023 09:51PM

SINGAPURA: Kadar pengangguran di Singapura secara keseluruhan naik sedikit kepada dua peratus Julai lalu, selepas kekal pada 1.9 peratus untuk dua bulan sebelumnya.

Perangkaan terbaharu yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menunjukkan bahawa kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Singapura adalah 2.9 peratus.

Kadar pengangguran dalam kalangan penduduk, yang terdiri daripada rakyat dan Penduduk Tetap, tercatat sedikit lebih rendah, iaitu 2.8 peratus.

Terdapat 67,500 penduduk yang menganggur pada Julai lalu.

Hampir 60,000 adalah rakyat Singapura.

Menurut seorang pengamat, data terkini itu menunjukkan bahawa kadar pengganguran secara keseluruhan dan kadar dalam kalangan penduduk masih lebih rendah berbanding paras sebelum pandemik COVID-19.

Pasaran buruh, tambah beliau, dijangka kekal ketat.


Ahli ekonomi Maybant Brian Lee berkata: "Secara keseluruhan, walaupun pertumbuhan pengambilan pekerja mungkin menjadi sederhana dalam suku ketiga, saya tidak menjangka kenaikan pantas pada kadar pengangguran. Ia akan naik turun dari bulan ke bulan dan semestinya, sukar untuk membuat ramalan, tetapi saya fikir, secara keseluruhan, saya yakin gambaran tentang pengambilan pekerja akan kekal berdaya bingkas."

Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan