Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar pengangguran SG kekal 1.9% pada Feb

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Apr 2023 07:27PM Dikemas Kini : 06 Apr 2023 11:16PM
SINGAPURA: Pasaran buruh Singapura kekal mantap pada Februari dengan kadar pengangguran secara keseluruhannya mencatat 1.9 peratus, iaitu tidak berubah berbanding Januari.

Ia juga kekal di bawah paras pra-COVID, iaitu 2.2 peratus.

Menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM), kadar pengangguran penduduk, yang merujuk kepada kedua-dua warga negara dan Penduduk Tetap, kekal di paras 2.7 peratus.

Kadar pengangguran di kalangan warga juga kekal 2.8 peratus.

Hampir 90 peratus daripada 64,200 penduduk yang menganggur pada Februari adalah warga tempatan.

Namun sebilangan pakar ekonomi percaya ada sebilangan faktor yang mungkin merancakkan pengambilan pekerja.

"Kebanyakan sokongan daripada permintaan untuk pekerja dalam bidang-bidang ini akan datang daripada pemulihan pelancongan.

"Dengan pembukaan semula China secara bertahap, ini bermakna pemulihan pelancongan ke Singapura akan terus memanfaatkan sektor perniagaan dan dijangka menyokong permintaan bagi buruh bagi tahun ini," kata Pakar Ekonomi Kanan RHB, Barnabas Gan.
Sumber : CNA/DY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan