Kadar pengangguran SG dijangka naik sedikit beberapa bulan akan datang
SINGAPURA: Kadar pengangguran di Singapura dijangka naik sedikit dalam beberapa bulan akan datang.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengatakan keadaan itu disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang lemah di negara-negara maju dan permintaan rendah yang dijangkakan dari pasaran luar bagi hasil pengilangan Singapura seperti produk elektronik.
Data bulan Ogos menunjukkan purata kadar pengangguran kekal rendah di paras 2 peratus, tidak berubah daripada bulan Julai.
Kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Singapura ialah 2.9 peratus manakala bagi penduduk turun sedikit di paras 2.8 peratus.
Sebanyak 66,300 penduduk menganggur pada Ogos, sebahagian besarnya seramai 59,500 adalah rakyat Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.