Skip to main content

Singapura

Kadar pengangguran S'pura pada Nov merosot buat pertama kali pada 2020

Kadar pengangguran di Singapura pada November merosot buat kali pertama pada 2020, satu petanda bahawa tempoh paling teruk mungkin sudah berakhir bagi pasaran buruh di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Jan 2021 05:16PM Dikemas Kini : 08 Jan 2021 08:46PM

SINGAPURA: Kadar pengangguran di Singapura pada November merosot buat kali pertama pada 2020, satu petanda bahawa tempoh paling teruk mungkin sudah berakhir bagi pasaran buruh di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Kadar pengangguran secara keseluruhan pada November adalah 3.3 peratus, merosot dari 3.6 peratus pada Oktober.

Kadar pengangguran - di kalangan rakyat Singapura dan penduduk tetap - merosot dari 4.8 peratus pada Oktober kepada 4.6 peratus pada November.

Bagi kadar pengangguran di kalangan rakyat Singapura, ia merosot dari 4.9 peratus pada Oktober kepada 4.7 peratus pada November.

Kadar pengangguran Singapura meningkat sejak suku pertama 2018 apabila kadar pengangguran adalah 2.0 peratus, sebelum COVID-19 memburukkan lagi keadaan.

Kadar pengangguran secara keseluruhan pada suku terahir 2019 adalah 2.3 peratus sebelum memuncak pada 3.6 peratus pada September dan Oktober.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita