Kadar pengangguran penduduk SG berusia bawah 30-an tahun & 60-an tahun ke atas meningkat pada Q2 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekalipun kadar pengangguran bagi penduduk merentas kebanyakan kumpulan usia jatuh pada suku kedua 2025, kadar bagi mereka bawah usia 30 tahun meningkat dari 5.4 peratus pada Mac kepada 5.7 peratus, pada Jun lalu.
Ini adalah kali pertama pada 2025 di mana kadar pengangguran bagi mereka yang berusia bawah 30 tahun meningkat, menurut laporan pasaran buruh suku kedua Kementerian Tenaga Manusia (MOM) yang dikeluarkan pada Rabu (17 Sep).
Laporan itu juga menunjukkan bahawa walaupun kadar pengangguran untuk semua kumpulan pendidikan lain merosot pada suku kedua, pemegang ijazah menyaksikan peningkatan kecil daripada 2.8 peratus pada Mac kepada 2.9 peratus pada Jun.
Bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas, kadar pengangguran juga meningkat daripada 2.3 kepada 2.5 peratus dalam tempoh masa yang sama.
Kadar pengangguran suku tahunan bagi semua penduduk, yang ditakrifkan sebagai rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR), turun daripada 2.9 peratus pada Mac kepada 2.8 peratus pada Jun.
Kadar pengangguran keseluruhan, yang merujuk kepada bukan penduduk tempatan, tidak berubah pada kadar 2 peratus.
Laporan suku tahunan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) itu dikeluarkan di tengah-tengah keprihatinan terhadap pekerjaan yang semakin meningkat dalam kalangan lulusan muda.
Mengulas mengenai laporan pasaran buruh, Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng berkata pasaran buruh Singapura kekal berdaya tahan, dengan jumlah pekerjaan terus berkembang walaupun di tengah-tengah ketidaktentuan global.
Pemerintah sedang memantau suku kedua dengan "sangat teliti" kerana ia menandakan suku pertama sejak Presiden Amerika Syarikat mengumumkan tarif Hari Pembebasan Amerika Syarikat pada 2 Apr, kata Dr Tan.
Setakat ini, pemerintah telah memperkenalkan beberapa langkah sokongan dengan lebih awal lagi, seperti Program Pelatih Industri Lulusan, dan akan terus memantau kesan tarif Amerika ke atas ekonomi global, katanya lagi.
Program pelatih itu adalah sebahagian daripada skim baharu dibiayai pemerintah yang menawarkan sehingga 800 program pelatih di seluruh sektor swasta dan awam mulai Oktober.
MOM menyatakan bahawa walaupun dengan peningkatan itu, kadar pengangguran dalam kalangan penduduk tempatan bagi mereka yang berusia bawah 30 tahun kekal dalam julat sebelum kemelesetan ekonomi iaitu antara 4.9 dan 6.1 peratus.
Peningkatan pada kadar pengangguran jangka panjang daripada 1.2 peratus pada Mac kepada 1.1 peratus pada Jun juga menggambarkan "tiada kesukaran untuk mencari pekerjaan dalam tempoh yang panjang" untuk penduduk berusia bawah 30 tahun, kata Encik Ang Boon Heng, pengarah jabatan penyelidikan tenaga kerja dan statistik MOM, dalam taklimat media yang diadakan sebelum mengeluarkan laporan itu.
Pengangguran jangka panjang ditakrifkan sebagai menganggur sekurang-kurangnya 25 minggu.
Kumpulan usia lain turut menyaksikan peningkatan bagi penunjuk ini atau kekal stabil dari suku pertama.
Dengan itu, keseluruhan kadar pengangguran jangka panjang penduduk tempatan tidak berubah pada paras 0.9 peratus pada Jun lalu, menunjukkan "kestabilan berterusan bagi prospek pekerjaan", kata MOM.

Sumber : CNA/AW/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.