Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar pengangguran di S'pura pada Mei kekal stabil 2.2%

Kadar pengangguran di Singapura pada bulan Mei kekal stabil dengan pengambilan pekerja meningkat di tengah-tengah ekonomi yang bertambah baik.

 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Jul 2022 07:13PM Dikemas Kini : 07 Jul 2022 10:58PM
SINGAPURA: Kadar pengangguran di Singapura pada bulan Mei kekal stabil dengan pengambilan pekerja meningkat di tengah-tengah ekonomi yang bertambah baik.

Secara keseluruhan, kadar pengangguran pada bulan Mei tidak berubah berbanding kadar 2.2 peratus yang dicatatkan sebulan sebelumnya.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan kemungkinan keadaan ekonomi menjadi teruk adalah rendah dan ini boleh membantu menyokong pengambilan pekerja.

Jika dibandingkan dengan bulan April, kadar pengangguran dalam kalangan rakyat dan Penduduk Tetap (PR) Singapura kekal tiga peratus.

Kadar pengangguran rakyat tempatan juga tidak berubah, pada 3.1 peratus.

Rakyat Singapura membentuk sekitar 90 peratus daripada 72,300 penduduk yang menganggur pada bulan Mei.

Para pakar menjangkakan gaji pekerja akan naik dalam tempoh beberapa bulan mendatang.

Mereka bagaimanapun memberi amaran mengenai cabaran-cabaran seperti kenaikan kadar inflasi.

Kemerosotan ekonomi sejagat juga, tambah mereka, boleh menjejas keputusan perniagaan dalam masa beberapa bulan mendatang.
 
Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan