Skip to main content

Singapura

Kadar pengangguran di S'pura merosot, kini serupa paras sebelum pandemik

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Apr 2022 08:14PM Dikemas Kini : 07 Apr 2022 08:43PM

SINGAPURA: Kadar pengangguran di Singapura secara keseluruhannya semakin bertambah baik Februari lalu.

Pada kadar 2.1 peratus, ia kini kembali kepada keadaan sebelum pandemik.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menjangkakan, ia akan kekal di paras tersebut.

Malah menurut pihak MOM, dengan jumlah kerja kosong yang semakin bertambah, kadar pengangguran mungkin terus merosot.

Namun, gangguan ke atas rantaian bekalan global dan harga bahan bakar lebih tinggi mampu menjejas sentimen perniagaan, serta pengambilan pekerja seterusnya.

Menurut Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng, para majikan telah meluaskan usaha mencari bakat.

Para pekerja juga semakin terbuka untuk meningkatkan kemahiran.

Tambah beliau, pemerintah akan terus menyediakan bantuan kepada para peniaga dan golongan pekerja menerusi pelbagai daya usaha.

Di kalangan penduduk, kadar pengangguran adalah 3 peratus, serupa dengan kadar purata bagi setiap suku pada 2018 dan 2019.

Sekitar 71,000 penduduk masih menganggur pada Februari lalu. Daripada jumlah itu, 65,000 merupakan warga Singapura.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita