Kadar pengambilan vaksin COVID-19 naik; jumlah suntikan lonjak sehingga 50%
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kadar pengambilan vaksin COVID-19 meningkat sejak gelombang baharu jangkitan COVID-19 mula dilaporkan Sabtu lalu.
Beberapa klinik menyaksikan jumlah suntikan vaksin melonjak sehingga 50 peratus.
Pengambilan vaksin yang meningkat menyusul laporan bahawa kes-kes jangkitan COVID-19 berganda berbanding minggu lalu.
Ini selepas Kementerian Kesihatan (MOH) menggesa orang ramai untuk memastikan bahawa vaksinasi mereka dikemas kini.
Mereka yang berisiko tinggi mendapat jangkitan lebih parah, digesa untuk mendapatkan suntikan baharu.
Namun, jumlah peningkatan itu tidak setanding wabak-wabak sebelumnya.
Menurut para doktor,ini mungkin kerana ramai orang kini kurang bimbang terhadap COVID-19, dan suntikan vaksin juga tidak lagi diwajibkan.
"Kebanyakkan pesakit pada tahap ini sudah melalui sekurang-kurangnya satu jangkitan COVID-19. Saya rasa pengalaman turut membantu, apabila seseorang itu boleh mengaitkan pengalaman peribadi sendiri dengan jangkitan itu, ia mengurangkan faktor kebimbangan, kerana mereka pernah mengalaminya sendiri," jelas Dr Chua Hsan Cher, Pengarah Perubatan, Phoenix Medical.
Dr Marcus Lee, Timbalan Pengarah Perubatan, Fullerton Health pula berkata: "Kita juga ada golongan penduduk yang lebih terdedah dari sudut kesihatan, mereka yang lebih tua atau mereka yang mempunyai penyakit kronik atau yang imunitinya terjejas.
"Jadi golongan inilah yang mungkin lebih prihatin dengan setiap gelombang varian atau subvarian baharu,dan kemungkinan merekalah yang akan dapatkan vaksinasi COVID-19 apabila ada laporan sebegitu," tambahnya.
Malah, vaksin selsema kini mendapat lebih banyak permintaan berbanding vaksin COVID-19.
Menurut doktor, permintaan bagi vaksin selsema meningkat minggu lalu sedang keluarga-keluarga bersedia menyambut musim cuti sekolah bulan Jun.

Sumber : CNA/AI/AT/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.