Kadar pengambilan pekerja penduduk SG merosot pada 2023; gaji sebenar susut: MOM
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: TODAY/Ili Nadhirah Mansor
SINGAPURA: Kadar pengambilan pekerja di Singapura susut dan gaji sebenar para pekerja juga merosot pada tahun ini di tengah-tengah sekitaran ekonomi yang melemah dan kadar inflasi yang melambung tinggi.
Demikian menurut dapatan awal laporan tenaga buruh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (30 Nov).
Kementerian itu menyatakan bahawa pasaran buruh Singapura kekal berdaya tahan, sambil menambah bahawa meskipun pertumbuhan pendapatan sebenar bagi baki beberapa bulan tahun ini berkemungkinan dicatat negatif, dijangka akan ada peningkatan tahun depan dengan pelonggaran inflasi.
Kadar pengambilan pekerja berusia 15 tahun ke atas turun kepada 66.2 peratus pada 2023,
berbanding paras tertinggi sebanyak 67.5 peratus pada tahun lalu.
"Seperti yang dipaparkan dengan kadar pengangguran yang rendah, punca kemerosotan tersebut sepanjang tahun ini adalah kerana ramai yang tidak mencari pekerjaan dan bukannya disebabkan kesukaran mencari pekerjaan," nyata laporan tersebut.
Kadar pengambilan pekerja Singapura kekal keempat tertinggi dalam kalangan negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).
"Didorong oleh dasar-dasar yang bertujuan untuk menggalakkan kaum wanita kembali menyertai tenaga buruh dan meningkatkan lagi kadar pengambilan pekerja warga emas, Singapura telah mengekalkan kedudukannya yang tinggi secara konsisten selama sedekad, meskipun bergelut dengan tenaga buruh yang kian menua," tambah laporan tersebut.
Tahun ini, kadar pengangguran serta kadar pengangguran jangka panjang bertambah baik bagi golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) dan bukan PMET.
Dalam kalangan golongan bukan PMET, kadar pengangguran merosot daripada 4.4 peratus pada 2022 kepada 3.6 peratus tahun ini. Bagi golongan PMET pula, kadar penganggurannya susut daripada 2.6 peratus tahun lalu kepada 2.4 peratus tahun ini.
Bagi bukan PMET, kadar pengangguran jangka panjang jatuh daripada 0.7 peratus kepada 0.5 peratus pada 2023, manakala bagi PMET, ia menyaksikan penyusutan daripada 0.5 peratus kepada 0.4 peratus.
MOM mentakrifkan individu yang menganggur buat jangka masa panjang sebagai mereka yang berusia 15 tahun ke atas yang tidak bekerja selama 25 minggu atau lebih.
PENDAPATAN
Pendapatan nominal terus meningkat tahun ini, meskipun pada rentak yang lebih sederhana, berbanding beberapa tahun dalam sedekad lalu, nyata MOM.
Pendapatan bulanan kasar median daripada pekerjaan penduduk yang bekerja sepenuh masa ialah S$5,197 , iaitu kenaikan 2.5 peratus berbanding 2022.
Peningkatan tersebut dicatat lebih rendah berbanding kadar purata kenaikan tahunan dari 2013 hingga 2023, iaitu 3.4 peratus.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.