Skip to main content

Singapura

Kadar pengambilan pekerja di S'pura meningkat pada suku pertama 2022

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Apr 2022 03:15PM Dikemas Kini : 28 Apr 2022 11:25PM

SINGAPURA: Jumlah pengambilan pekerja di Singapura meningkat pada suku pertama 2022 menyusuli peningkatan pada pekerja bukan penduduk - dengan sebahagian besarnya adalah pemegang permit kerja dari sektor binaan di tengah-tengah pembukaan semula sempadan Singapura.

Kadar pengangguran dalam kalangan penduduk tempatan, setara dengan keadaan sebelum pandemik melanda, kekal stabil, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM), sambil menambah kadar pemberhentian pekerja merosot ke paras terendah.

Menurut laporan awal pasaran buruh Singapura yang dikeluarkan oleh MOM pada Khamis (28 April), pengambilan pekerja secara keseluruhan bagi suku pertama - tidak termasuk pembantu rumah hijrahan - meningkat sebanyak 41,100.

Ia rendah sedikit berbanding 47,900 yang dicatatkan pada suku sebelumnya tetapi "rentak pertumbuhannya tetap kukuh", menurut MOM.

"Dengan menarik balik sekatan-sekatan sempadan secara bertahap-tahap, peningkatan pada pengambilan pekerja bukan penduduk adalah jauh lebih tinggi berbanding pengambilan pekerja melibatkan penduduk tempatan, sedang para majikan menambah jumlah pekerja bukan penduduk," tambah MOM.

Bagi pengambilan pekerja dalam kalangan penduduk tempatan, trendnya bercampur-baur bagi pelbagai sektor.

Sektor infokom, serta khidmat kewangan, terus menyaksikan pertumbuhan yang mantap bagi penduduk tempatan.

Bagaimanapun, pengambilan pekerja dalam kalangan penduduk tempatan merosot bagi sektor-sektor seperti khidmat makanan dan minuman, perdagangan runcit dan penginapan.

"Sektor-sektor ini biasanya mengalami kemerosotan menyusuli pengambilan pekerja secara musiman bagi tempoh perayaan hujung tahun pada suku keempat," menurut MOM.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita