Kadar pengambilan haiwan SPCA turun 60%, terendah dalam 6 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) melaporkan penurunan mendadak sebanyak 60 peratus dalam kadar pengambilan haiwan dalam tempoh enam tahun.
Sejak 2019, jumlah haiwan yang diambil untuk dipelihara telah menurun hampir 60 peratus, daripada 979 kepada hanya 386.
Menurut SPCA, angka itu merupakan yang terendah dalam sejarahnya.
"Pada tahun 2024 ini, kami berkemungkinan mencatatkan kadar pengambilan haiwan paling rendah dalam tempoh enam tahun yang lalu," kata Pengurus Perhubungan dan Advokasi, Cik Sabrina Ng kepada wartawan Syawal Yusoff.
FAKTOR GAYA HIDUP SELEPAS PANDEMIK
Penurunan ini menjadi lebih ketara selepas pandemik COVID-19.
“Selepas COVID, ramai yang kembali bekerja di pejabat dan juga lebih kerap ke luar negara. Gaya hidup mereka mungkin tidak sesuai dengan komitmen jangka panjang untuk memelihara haiwan peliharaan," kata Cik Sabrina.

Sebab lain termasuk kos rawatan veterinar yang semakin meningkat dan perubahan kemampuan kewangan individu untuk menjaga haiwan peliharaan.
Beliau menambah, pihaknya turut menyaksikan trend haiwan yang cedera atau lebih berusia yang dihantar ke SPCA.
"Haiwan yang kami terima biasanya mempunyai keperluan yang lebih kompleks atau berusia lebih tua. Oleh sebab itu, walaupun haiwan telah pulih daripada kecederaan atau penyakit, ia kurang mendapat peluang untuk diambil. Oleh itu, SPCA melihat peningkatan haiwan dalam kategori ini, dan ini mungkin sebahagiannya menjelaskan penurunan kadar haiwan yang diambil untuk dipelihara," tambah Cik Sabrina.
KRITERIA PENGAMBILAN YANG KETAT
Cik Ng menarik perhatian bahawa pihaknya sering menerima kritikan berkenaan proses pengambilan haiwan yang agak ketat.
"Matlamat utama kami adalah untuk memastikan kesesuaian yang baik antara keluarga yang ingin mengambil haiwan peliharaan. Kami akan melihat perkara seperti pilihan keluarga, gaya hidup mereka, dan tahap komitmen mereka. Ini merangkumi faktor seperti saiz keluarga, usia anak-anak jika ada, serta jumlah masa yang mereka boleh peruntukkan masa untuk menjaga haiwan peliharaan mereka, dan sebagainya.
"Oleh kerana pengambilan haiwan peliharaan adalah seperti menyambut ahli keluarga baharu, kami memerlukan semua anggota keluarga hadir ke SPCA dan berinteraksi dengan haiwan tersebut sebelum proses pengambilan haiwan dimuktamadkan," jelas Cik Sabrina.
Beliau menambah, kes-kes kucing yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tinggi ataupun anjing yang diserahkan semula oleh mereka yang sudah mengambilnya, juga menyebabkan SPCA terpaksa mengambil langkah sedemikian.
"Tahun ini sahaja, kami telah melihat lebih 130 haiwan secara keseluruhan, dengan sebahagian besarnya adalah kucing. Sebagai respons, kami telah mewajibkan pemasangan jeriji pada tingkap dan pagar untuk semua yang mengambil kucing untuk dipelihara, selagi mereka tinggal di bangunan tinggi.
"Kami juga perhatikan bahawa anjing lebih mudah diambil semasa masih kecil. Malangnya, beberapa tahun kemudian, anjing-anjing ini sering dikembalikan kepada kami. Salah satu alasan yang paling biasa ialah pemilik tidak lagi mampu mengurus tingkah laku anjing mereka. Apabila kami bertanya, selalunya didapati mereka tidak menghantar anjing mereka untuk latihan profesional. Oleh itu, untuk mengurangkan kejadian ini, kami telah memperketatkan kriteria pemilihan mereka yang mahu mengambil haiwan untuk dipelihara."
"Walaupun orang ramai mungkin menganggap ini sebagai kerumitan tambahan untuk mereka, niat kami adalah benar-benar untuk membantu mereka memaksimumkan peluang kejayaan mereka menjadi rumah mereka selama-lamanya," ujarnya.

MANFAAT HAIWAN-HAIWAN LEBIH BERUSIA
Dalam pada itu, Cik Ng berkongsi bahawa walaupun kebanyakan pencinta haiwan lebih cenderung untuk mengambil haiwan yang lebih muda, masih terdapat sebilangan pencinta haiwan yang memilih haiwan yang lebih berusia.
"Anak kucing dan anak anjing yang lebih muda, mereka memerlukan lebih banyak tenaga dan aktiviti. Apabila kami bercakap dengan pengambil haiwan ini, mereka biasanya berkongsi bahawa mereka gembira membesar atau menghabiskan masa bersama haiwan mereka yang sudah lanjut usia. Mereka menghargai ikatan yang terjalin dengan haiwan mereka. Mereka merasa puas telah membuat perbezaan kepada haiwan senior yang telah diabaikan oleh begitu ramai orang untuk tempoh masa yang panjang," kongsi beliau.
SETIAP HAIWAN PUNYAI PELUANG UNTUK HIDUP
SPCA mampu menampung sehingga 150 haiwan.
Namun, peningkatan kes pengabaian memaksa mereka untuk berusaha lebih keras dalam mencari rumah baharu bagi haiwan-haiwan ini.
Meskipun kekurangan ruang, Cik Ng menegaskan bahawa pihaknya tidak melakukan eutanasia tanpa alasan yang wajar.
Dengan kemajuan teknologi, serta dengan lebih banyak tempat perlindungan di sekitar, di mana SPCA bukan lagi satu-satunya tempat perlindungan di Singapura, dan juga dengan lebih ramai penyelamat, penjaga dan sukarelawan penjaga haiwan, kami sebenarnya tidak akan menidurkan haiwan yang sihat. Kami hanya akan (berbuat demikian) jika kami telah mencuba semua rawatan yang ada. Jika haiwan itu tidak menunjukkan respons kepada rawatan, dan gejalanya semakin teruk serta menunjukkan tanda-tanda tertekan, barulah kami akan melakukan eutanasia," jelas Cik Ng.
Selain usahanya sendiri, SPCA giat mendapatkan bantuan para penyelamat haiwan.
"Kami akan mendapatkan bantuan penyelamat dan penjaga sementara yang kami kenal, bukan sahaja kerana ia membantu mengurangkan masalah ruang di sini, tetapi juga kerana haiwan itu dibawa ke persekitaran yang lebih baik untuk pulih atau bahkan menghabiskan hari-hari paliatif mereka dalam jagaan paliatif," katanya.

PENYELAMAT HAIWAN HADAPI KESUKARAN UNTUK TEMPATKAN SEMULA HAIWAN
Penyelamat kucing seperti Cik Julie Mohamed turut menghadapi cabaran dalam menempatkan semula kucing-kucing yang diselamatkan.
Selain menggunakan media sosial, beliau terpaksa mengambil langkah-langkah alternatif yang kurang ideal.
"Setiap kucing yang saya jumpa antara kita kembirikan kemudian kami lepaskan balik. Jadi mereka terpaksalah hidup di luar kerana saya tahu pengambilan sekarang ini memang sangat rendah," kata Cik Julie, yang bertugas sebagai seorang pegawai operasi sepenuh masa.
Secara purata, beliau membelanjakan sehingga S$7,000 untuk penjagaan kucing-kucing yang diselamatkan, kebanyakannya kerana kucing-kucing tersebut menghadapi pelbagai masalah kesihatan.
Mujur, sebahagian besar perbelanjaan itu ditanggung oleh sumbangan masyarakat.
Buat masa ini, beliau menjaga empat ekor kucing yang diselamatkan.
Namun, beliau tidak terburu-buru untuk mencari pemilik baharu bagi mereka, bimbang mereka jatuh ke tangan individu yang tidak bertanggungjawab.
"Saya mahukan yang terbaik untuk kucing juga. Saya menunggu masa. Tapi saya sabar untuk mendapatkan pemilik yang sesuai. Tapi kita akan selalu berkongsi semula di media sosial untuk mempergiatkan catatan kami," jelasnya.

KEKELIRUAN TERHADAP RANGKA KERJA PENGURUSAN KUCING
Dengan pengalaman lebih 15 tahun, Cik Julie menyaksikan peningkatan kes pengabaian kucing, terutamanya semasa musim perayaan.
Namun, sejak pengumuman rangka kerja pengurusan kucing, beliau melihat trend ini semakin meningkat.
Sejauh ini, jumlah kucing yang diselamatkannya naik seganda berbanding sebelumnya.
"Orang sangkakan cuma dua ekor kucing sahaja (yang boleh dipelihara) jadi yang lain itu mereka abaikan. Jadi tahun ini adalah yang paling tinggi sekali yang kami hadapi.
"Selalunya dalam satu atau dua ekor kucing diabaikan. Paling tinggi ialah tiga ekor kucing diabaikan sebelum rangka kerja pengurusan kucing ini dikeluarkan. Tapi bila rangka kerja pengurusan kucing ini dikeluarkan sudah dilaksanakan, orang akan mengabaikan lebih sebanyak lima ekor sekaligus. Jadi kami ingin mengambil lima ekor sekaligus itu susah untuk kami," ujarnya.

Pada 14 Dis (Sabtu), SPCA akan mengadakan acara pengambilan haiwan terakhir untuk tahun ini.
Ia berharap lebih ramai akan tampil untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada haiwan-haiwan ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.