Kadar penduduk SG yang lakukan kegiatan fizikal berkurangan, lebih ramai dapatkan bantuan pakar kesihatan mental: Tinjauan MOH
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Jumlah individu yang menjalani pemeriksaan kesihatan merosot tahun lalu berbanding 2019 disebabkan khidmat-khidmat yang bukan mustahak ditangguhkan bagi keperluan COVID-19.
Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional 2021 itu juga mendapati jumlah penduduk yang menepati kadar waktu yang disyorkan bagi lakukan kegiatan fizikal turun sedikit berbanding tempoh sebelum pandemik melanda.
Tinjauan itu dilakukan antara pertengahan 2020 hingga 2021 dan melibatkan sekitar 8,000 orang dewasa.
Menurut laporan tinjauan kesihatan yang dikeluarkan pada Selasa (20 Dis), jumlah individu yang melakukan kegiatan fizikal pada kadar yang disyorkan berkurangan iaitu merosot daripada 80.1 peratus pada tahun 2019 kepada 71.1 peratus pada 2021.
WHO mengesyorkan seseorang untuk melakukan sekurang-kurangnya 150 minit kegiatan fizikal pada keamatan sederhana setiap minggu.
Menurut MOH, penurunan itu tidak memeranjatkan kerana adanya sekatan pada kegiatan sosial dalam tempoh itu.
PERATUSAN WANITA MELAYU YANG BERSENAM PALING RENDAH
Jika dibandingkan mengikut kaum etnik dan jantina, kaum wanita Melayu didapati paling kurang bersenam, dengan hanya 20.5 peratus bersenam secara kerap berbanding dengan kaum wanita Cina pada 26.9 peratus dan kaum wanita India pada 39.3 peratus.
Golongan yang paling banyak bersenam pula merupakan kaum lelaki India. 45.9 peratus daripada mereka bersenam secara kerap dab ini diikuti dengan lelaki Cina pada 37.6 peratus dan kaum lelaki Melayu pada 27.3 peratus.
Secara keseluruhan, kaum India mencatatkan peratusan tertinggi dalam kadar mereka yang bersenam secara kerap di Singapura.
Lebih ramai kaum lelaki juga didapati bersenam secara kerap.
Peratusan lelaki yang bersenam dengan kerap adalah 37.5 peratus berbanding wanita pada 27.7 peratus.
Bagi yang tidak bersenam secara kerap, kebanyakan mereka memberikan 'kesibukan' sebagai alasan.
Penduduk berumur 18 hingga 74 tahun yang tidak bersenam ataupun terlibat dalam kegiatan sukan dalam waktu lapang memberikan alasan "Tiada masa lapang kerana tanggungjawab kerja dan keluarga" (39%), "Berhenti bersenam akibat pandemik COVID-19" (15.6%) "Malas" (12.0%) dan "Terlalu penat kerana tanggungjawab kerja" (9.5%).
Bagi menggalak lebih ramai melakukan kegiatan fizikal, pemerintah akan terus meluaskan lagi program-program bersenam bagi penduduk negara ini.
JUMLAH PESAKIT DIDIAGNOS PENYAKIT KRONIK DIJANGKA MENINGKAT
Tinjauan itu juga mendapati jumlah peserta yang menjalani saringan kesihatan bagi penyakit kronik merosot daripada 66.3 peratus pada 2019 kepada 59.2 peratus pada 2021.
Bagaimanapun Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan bahawa ia satu trend yang sudah dijangkakan.
Ini kerana khidmat-khidmat yang kurang mustahak seperti saringan kesihatan telah ditangguhkan.
Lantaran itu, meskipun jumlah penyakit kronik yang dilaporkan antara 2019 dengan 2021 kekal stabil, MOH menggesa agar perangkaan tersebut tidak diambil ringan.
Ini kerana mungkin terdapat jumlah signifikan pesakit yang belum didiagnos.
Seorang doktor keluarga berpendapat, jumlah mereka yang menjalani saringan kesihatan dan diagnosis akan bertambah tahun depan.
"Kami percaya ini besar kemungkinan disebabkan oleh kurangnya diagnosis kerana kekurangan saringan kesihatan yang dilakukan," kata Doktor Keluarga dari Silver Cross Medical, Dr Nelson Wee.
"Namun, memandang ke hadapan, lebih-lebih lagi untuk separuh kedua 2022, pada tahun depan apabila kita lancarkan SG Lebih Sihat, kita fikir lebih ramai pesakit akan tampil ke hadapan untuk lakukan saringan kesihatan mereka dan jumlah pesakit penyakit kronik juga akan bertambah mengikut masa," ujar beliau.
Sementara itu, lebih ramai orang didapati mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri mereka daripada penyakit.
Kadar pengambilan vaksin bagi influenza dan 'pneumococcal' meningkat dengan ketara.
Bagi vaksin 'pnuemococcal' misalnya, kadarnya meningkat lebih 10 peratus kepada 22.4 peratus dalam tempoh dua tahun.
LEBIH RAMAI DAPATKAN BANTUAN BAGI KESIHATAN MENTAL
Dalam pada itu, tinjauan itu turut mendedahkan bahawa lebih ramai orang bersikap terbuka untuk dapatkan bantuan daripada pakar kesihatan mental.
Ia mendapati jumlah responden yang ingin mendapatkan bantuan meningkat lebih 10 peratus kepada 58.3 peratus selepas pandemik melanda.
Kenaikan itu juga dilihat dalam golongan yang berusia antara 30 hingga 59 tahun.
Ini sekali gus mencerminkan kesedaran yang lebih tinggi mengenai kesejahteraan mental dan kurangnya stigma terhadap masalah-masalah mental.
PERATUSAN LELAKI MELAYU YANG MEROKOK PALING TINGGI
Kadar penduduk Singapura yang merokok dan minum arak pula kekal stabil.
Hampir separuh daripada perokok harian iaitu mereka yang merokok satu batang rokok dalam sehari (49.4%) ingin berhenti merokok namun hanya satu dalam lima (18.4%) merancang untuk berhenti merokok dalam masa kurang daripada 12 bulan.
Kaum lelaki Melayu membentuk jumlah perokok tertinggi di Singapura pada 38.0 peratus berbanding lelaki Cina (14.8 peratus) dan lelaki India (16.7 peratus).
Bagi perokok wanita pula, wanita Cina membentuk peratusan paling rendah iaitu pada 2.9 peratus berbanding wanita Melayu (7.1 peratus).
MOH akan meneruskan usaha bagi mengajak lebih ramai lagi membuang tabiat merokok mereka.
Ini termasuk usaha dalam bentuk pendidikan di sekolah-sekolah untuk elak permulaan tabiat itu dari usia muda.

Sumber : CNA/NA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.