Kadar pendaftaran bagi SG Lebih Sihat masih rendah dalam kalangan penduduk Melayu
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail.
SINGAPURA: Hanya 11 peratus penduduk Melayu yang layak untuk menyertai SG Lebih Sihat sudahpun mendaftarkan diri.
Kadar itu lebih rendah berbanding kadar nasional iaitu 15 peratus.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung mendedahkan perangkaan itu dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Anggota Parlimen GRC Sembawang, Mariam Jaafar sekiranya terdapat perbezaan pada kadar pendaftaran berdasarkan faktor-faktor seperti kaum dan jantina.
"Dalam kalangan kumpulan etnik, pendaftaran dalam kalangan penduduk Cina lebih tinggi (16 peratus) daripada kadar purata nasional (15 peratus) dengan penduduk Melayu dan India pada kadar 11 peratus," kata Encik Ong.
Beliau turut memaklumkan bahawa tiada perbezaan signifikan pada kadar pendaftaran antara penduduk lelaki dan wanita.
Setakat sehingga Ogos lalu, sekitar 185,000 penduduk yang layak sudah mendaftar bagi skim SG Lebih Sihat.
75 peratus daripada mereka berusia 60 tahun ke atas, manakala bakinya antara 40 hingga 59 tahun.
Bagi menggalak lebih ramai mendaftar bagi skim tersebut, MOH kini bekerjasama dengan pelbagai kumpulan masyarakat termasuk M3 iaitu usaha sama MENDAKI, MUIS dan MESRA serta Persatuan Rakyat.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.