Kadar kematian akibat jangkitan semula COVID-19 lebih rendah dari jangkitan pertama
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kadar kematian akibat jangkitan semula COVID-19 di Singapura lebih rendah berbanding mereka yang dijangkit buat kali pertama, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Selasa (29 Nov).
Di Singapura, kadar kematian akibat jangkitan semula dari September hingga November adalah empat bagi setiap 100,000 kes, ia lebih rendah daripada kadar jangkitan kali pertama iaitu 35 bagi setiap 100,000 kes, tambahnya.
Encik Ong menjawab soalan di Parlimen oleh Ahli Parlimen (AP) Yip Hon Weng (PAP-Yio Chu Kang) mengenai kertas penyelidikan Amerika Syarikat yang berpendapat bahawa jangkitan semula COVID-19 lebih berbahaya.
Menurut sejumlah laporan media, kertas itu mendapati bahawa jangkitan kali kedua COVID-19 lebih teruk daripada jangkitan pertama, kata Encik Ong. Laporan media tersebut tidak jelas atau tepat, tambahnya.
Kertas tersebut tidak membandingkan betapa teruknya keadaan pesakit antara jangkitan pertama dengan kedua. Malah ia membandingkan keadaan mereka yang dijangkiti COVID-19 berbanding mereka yang mengalami dua atau lebih jangkitan, kata Menteri Kesihatan itu.
"Secara mudahnya, seseorang yang jatuh sakit dua kali lebih teruk daripada seseorang yang jatuh sakit sekali, tetapi seseorang yang jatuh sakit buat kali kedua tidak seteruk seperti jatuh sakit buat pertama kali," tambahnya.
Kadar penyakit teruk, yang merujuk kepada mereka yang memerlukan bantuan pernafasan oksigen atau rawatan rapi, juga lebih rendah bagi jangkitan semula pada kadar 232 bagi setiap 100,000 kes, dibandingkan dengan jangkitan kali pertama pada kadar 282 bagi setiap 100,000 kes, kata Encik Ong.
"Data kami menunjukkan bahawa untuk mencapai perlindungan minimum vaksinasi, dalam erti kata lain, tiga dos vaksin mRNA atau empat dos vaksin Sinovac, mengurangkan risiko penyakit teruk, sama ada ia jangkitan pertama atau jangkitan seterusnya," tambah Menteri Kesihatan itu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.