Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar kemasukan ke hospital akibat COVID-19 lebih tinggi bagi kanak-kanak bawah 5 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kadar kemasukan ke hospital bagi kanak-kanak bawah usia lima tahun yang dijangkiti COVID-19 ialah 5.2 peratus.

Kadar itu lebih tinggi berbanding kadar kanak-kanak yang lebih tua.

Bagi kanak-kanak yang berumur lima hinga 11 tahun, kadar kemasukan ke hospital ialah 1.3 peratus dalam kalangan kanak-kanak yang belum menerima suntikan vaksin dan kira-kira 0.4 peratus bagi mereka yang sudah menerima suntikan vaksin.

Berdasarkan angka terssebut, vaksin yang ditawarkan kepada kanak-kanak berumur antara enam bulan dengan lima tahun akan memberi manfaat dan mengurangkan risiko jangkitan teruk, kata Pengarah Khidmat Perubatan, Kenneth Mak semasa sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian COVID-19 (MTF).

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) melanjutkan kelulusan vaksin Moderna, Spikevax melalui Laluan Akses Khas Pandemik kepada kanak-kanak, termasuk mereka yang berumur enam bulan hingga lima tahun.
Semasa sidang media yang sama, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung juga mendedahkan bahawa percubaan yang dijalankan menggunakan vaksin Moderna yang melibatkan 6,000 kanak-kanak menunjukkan kesan sampingan teruk "sangat rendah".

Hasil percubaan itu menunjukkan tiada kes miokarditis (keradangan otot jantung) dan anafilaksis (tindak balas alahan yang serius dan mengancam nyawa) dan satu kes sawan (berlaku pada kanak-kanak yang muda apabila mereka mengalami demam tinggi) berkemungkinan berkait dengan vaksin berkenaan, kata Encik Ong.

Meskipun kanak-kanak yang lebih muda dijangkiti COVID-19 mengalami gejala yang tidak teruk, ada beberapa kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang mengalami kesan sampingan perubatan yang teruk.
SESETENGAH IBU BAPA MASIH BERHATI-HATI, ADA YANG TIDAK SABAR ANAK TERIMA SUNTIKAN

Ada beberapa ibu bapa yang diwawancara oleh Mediacorp mengatakan bahawa mereka tidak akan bergegas untuk membawa anak mereka menerima suntikan vaksin.

Encik Tono Kiroshita, ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat IT berkongsi keraguan beliau mengenai suntikan vaksin buat anak perempuannya yang berumur tiga tahun.

Namun, seorang suri rumah, Cik Mary Jean Gilbuena, tidak sabar menantikan vaksin itu.

Wanita 30 tahun itu mengatakan bahawa beliau mengalu-alukan vaksin itu dan berharap agar anak saudara lelakinya yang dijaga oleh beliau menerima suntikan vaksin.

Meskipun beliau berasa bimbang akan kemungkinan kesan sampingan, beliau rasakan bahawa ia harus diatasi oleh kanak-kanak "supaya mereka lebih kuat".
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan