Skip to main content

Singapura

Kadar kebentanan pesalah Melayu terus merosot hasil usaha masyarakat dampingi mereka

Kadar kebentanan dalam tempoh 2 tahun bagi pesalah Melayu menunjukkan trend yang konsisten dan turun 10 peratusan mata dalam sedekad. Ini sedangkan kadar nasional meningkat bagi kohort 2020. 

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Usaha masyarakat untuk membantu para pesalah dan keluarga mereka kian menunjukkan hasil.

Ini dibuktikan dengan trend konsisten kadar kebentanan dalam tempoh dua tahun bagi pesalah Melayu yang merosot sejak sedekad lalu.

Dalam tempoh sedekad, kadarnya menurun sebanyak 10 peratusan mata.

a

Ia juga menunjukkan trend yang konsisten dan turun tahun demi tahun kepada kadar yang terbaru, 24.7 peratus yang dicatatkan oleh kohort 2020.

Ini sedangkan kadar kebangsaan bagi kohort yang sama, meningkat kepada 20.4 peratus.

a
Menteri Negara Ehwal dalam Negeri, Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata ia hasil usahasama masyarakat.

"Ini menunjukkan bahawa apa yang kita lakarkan untuk bekerjasama dengan badan-badan masyarakat telah menunjukkan satu manfaat dan satu aspek yang sangat positif dan teruskan penurunan ini kerana kita sudah ke tahap yang rendah dan lebih rendah, lebih sukar untuk menambah nilai ataupun menurunkannya lagi tetapi kita akan terus bekerja keras," ujar Dr Faishal.

Ini termasuk inisiatif seperti Dadah Itu Haram (DIH) ,Dana Pendidikan Harun Ghani dan Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (FITRAH).

Usaha-usaha itu juga saling melengkapi program di peringkat nasional seperti Projek Reben Kuning dan yang diusahakan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA).

Kempen DIH misalnya sudah menjangkau 100,000 anggota masyarakat Melayu/Islam sejak dimulakan pada 2017.

FITRAH pula yang ditubuhkan MUIS dengan kerjasama MHA dan SPS, mendapat sokongan daripada kesemua 71 masjid untuk beri sokongan kepada pesalah, bekas pesalah dan keluarga mereka.

Selain memberi bantuan kewangan menerusi habuan zakat, pihak masjid juga mendampingi dan memberi sokongan kepada para pesalah dan keluarga mereka.
 
PENTING DAMPINGI PESALAH SELEPAS MEREKA BEBAS DARI PENJARA

Usaha menyokong para pesalah untuk kembali ke pangkuan masyarakat selepas mereka bebas penting kata Dr Faishal supaya mereka tidak mengulangi kesalahan lama.

"Apabila seseorang banduan itu keluar dari penjara, mereka boleh mendapatkan sokongan yang lebih baik dan dapat melihat bagaimana perjalanannya boleh menjadi lebih mantap, lebih stabil," kata Dr Faishal.

"Ini menunjukkan selagi kita membangunkan rangkaian yang lebih mantap dan selagi kita mendekati para banduan dan keluarga mereka, selagi itu kita terus meluaskan rangkaian sokongan dan memberikan perjalanan penyepaduan semula dan pemulihan yang lebih stabil, yang lebih baik bagi banduan kita," tambah beliau.

Dr Faisal turut berkongsi bahawa MHA akan memperluaskan lagi pendekatan buat masyarakat memainkan peranan lebih aktif dalam usaha ini.

Beliau juga berharap masyarakat dapat terus berganding bahu untuk sama-sama meringankan beban dan memberi sokongan lebih baik kepada para pesalah dan keluarga mereka.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita