Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar jururawat yang berhenti kerja lonjak ke 20% sejak musim pandemik

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kadar jururawat di Singapura yang berhenti kerja melonjak daripada lapan hingga 20 peratus sejak pandemik COVID-19.

Anggaran itu berdasarkan pengurangan keahlian dalam kesatuan yang mewakili pekerja jagaan kesihatan di sini.

Untuk mengurangkan masalah tenaga kerja, hospital menarik pekerja pertengahan kerjaya untuk beralih ke sektor jagaan kesihatan.

Seramai 1,840 orang sudahpun menjalani program pertukaran kerjaya untuk kejururawatan.

Mereka menjalani latihan selama dua tahun sebelum mereka ditempatkan di institusi jagaan kesihatan.

Bonus permulaan kerja sebanyak S$15,000 untuk graduan kejururawatan tempatan juga dilancarkan oleh pemerintah untuk membawa masuk jururawat baharu.

Walaupun pihak kesatuan yang mewakili pekerja jagaan kesihatan mengalu-alukan habuan itu, ia berkata bakal jururawat tidak terpikat dengan soal gaji sahaja.

Presiden Kesatuan Pekerja Khidmat Jagaan Kesihatan berkata apa yang dipertimbangkan juga adalah waktu kerja dan corak syif mereka, dan sama ada terdapat kelonggaran di tempat kerja selain soal gaji.
 
Sumber : CNA/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan