Kadar judi dalam kalangan penduduk SG terus merosot
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Jumlah penjudi dalam kalangan penduduk Singapura berusia 18 tahun ke atas merosot pada 2023, meneruskan trend penurunan yang disaksikan sepanjang tiga tahun lalu.
Laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan bagi Masalah Perjudian (NCPG) pada Khamis (28 Nov) menyatakan bahawa situasi perjudian dan masalah perjudian di Singapura kekal "stabil dan terkawal" dan dapatan laporan itu menunjukkan keberkesanan "perlindungan sosial" Singapura.
Dalam tinjauan pada 2023 yang dijalankan ke atas warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR), 40 peratus responden berkata mereka menyertai sekurang-kurangnya satu bentuk aktiviti perjudian, berbanding 52 peratus pada 2017 dan 44 peratus pada 2020.
Kadar kemungkinan perjudian patologi dan masalah kaki judi terus kekal rendah dan stabil pada sekitar 1.1 peratus, berbanding 1.2 peratus pada 2020 dan 0.9 peratus pada 2017.
4D, TOTO PALING POPULAR
Seperti dalam dua edisi tinjauan sebelumnya, 4D dan TOTO terus membentuk jenis aktiviti perjudian yang paling popular dalam kalangan penduduk Singapura.
4D ialah aktiviti perjudian paling popular bagi 30 peratus responden dalam tinjauan 2023, diikuti oleh TOTO (29 peratus). Kira-kira 8 peratus responden masing-masing menyertai Singapore Sweep dan perjudian sosial.
Perjudian online haram meningkat 0.7 peratus kepada 1 peratus dalam tinjauan terbaharu, yang sejajar dengan trend global yang semakin meningkat, kata NCPG, sambil menambah ia akan terus memantau perkara ini dengan teliti.
Meneruskan trend dari tahun-tahun sebelumnya, majoriti mereka yang ditinjau bertaruh kurang sekali dalam seminggu. Tinjauan 2023 mendapati bahawa 69 peratus daripada penjudi bertaruh kurang sekali seminggu - dengan 38 peratus bertaruh kurang sekali sebulan dan 31 peratus bertaruh kurang sekali seminggu - manakala baki 31 peratus bertaruh sekali atau lebih daripada sekali seminggu.
Sebahagian besar penjudi di Singapura bertaruh melalui saluran yang sah dari segi undang-undang, menurut NCPG, serupa dengan dapatan tinjauan pada 2017 dan 2020.
Seperti dua tinjauan sebelumnya, majoriti penjudi terus bertaruh melalui saluran yang sah di sisi undang-undang. Tinjauan terbaharu mendapati 92 peratus penjudi bertaruh melalui Singapore Pools, yang menyediakan perlindungan yang ditetapkan, kata NCPG.
PENCEGAHAN MASALAH KAKI JUDI
Walaupun keadaan perjudian secara keseluruhannya stabil, kata NCPG, masalah kaki judi tetap menjadi keutamaan bagi majlis tersebut.
"NCPG telah bekerjasama rapat dengan pemerintah dan agensi-agensi rakan kongsi untuk mencegah dan menangani masalah perjudian, serta menyokong individu yang mempunyai masalah perjudian," kata Pengerusi NCPG Sim Gim Guan.
"Adalah menggembirakan apabila usaha kami telah menyumbang ke arah mengekalkan kadar perjudian yang rendah di Singapura. Kami perlu terus bekerjasama, kerana kemudaratan masalah perjudian boleh menjadi serius dan ia bukan sahaja memberi kesan kepada kaki judi, tetapi juga orang ramai di sekeliling mereka."
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata kadar penyertaan perjudian yang lebih rendah dan kadar kaki judi yang rendah menunjukkan bahawa perlindungan sosial terus berkesan.
Encik Masagos menambah bahawa kementeriannya akan bekerjasama rapat dengan NCPG dan agensi-agensi lain untuk memastikan perlindungan sosial dan khidmat pemulihan kekal relevan dan berkesan.
“Masyarakat juga memainkan peranan penting dengan menggalakkan kaki judi untuk mendapatkan bantuan dan menyokong mereka sepanjang perjalanan pemulihan mereka,” katanya.
Beberapa rakan kongsi NCPG yang menjalankan program untuk kaki judi menyatakan bahawa mereka melihat lebih ramai orang muda melangkah ke hadapan untuk mendapatkan bantuan - satu "petanda baik", menurut agensi itu.
Individu atau keluarga yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Talian Bantuan NCPG di 1800-6-668-668 atau menggunakan khidmat sembang di laman webnya.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.