Kadar jenayah berulang bagi pesalah jalani program pemulihan turun hampir separuh
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kadar jenayah berulang bagi pesalah yang menjalani program pemulihan, menjunam hampir separuh sepanjang empat tahun yang lalu, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).
Angkanya merosot dari 29 peratus bagi kohort yang dibebaskan pada 2018, kepada sekitar 16 peratus bagi kohort yang dibebaskan pada 2021.
Kadar ini merujuk kepada peratusan pesalah program pemulihan yang mengulangi kesalahan mereka dalam tempoh dua tahun setelah dibebaskan.
Pesalah-pesalah sebegini berusia antara 14 hingga 21 tahun semasa dijatuhkan hukuman, dan dimasukkan ke program tersebut sebagai ganti kepada hukuman lain.
"Ini adalah satu pembangunan yang baik kepada golongan belia kerana ini menunjukkan bahawa walaupun mereka melakukan kesalahan, mereka akan mendapatkan sokongan dalam proses pemulihan dan integrasi," ulas Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Semua sokongan itu, tambah beliau, membolehkan para pesalah "balik ke pangkal keluarga lalu terus membangunkan diri dan mencapai potensi yang maksimum bagi kehidupan".
Para pesalah yang menjalani latihan pemulihan disokong dari masa mereka memasuki Pusat Latihan Pemulihan (RTC) sehingga selepas mereka dibebaskan.
Dengan bimbingan para kaunselor, pesalah akan menjalani pelbagai program - dari segi psikologi, akademik, vokasional dan sosial demi membangkitkan semangat mereka untuk berubah.
Terdapat juga program persiapan untuk kerja dan bimbingan kerjaya di mana mereka akan belajar bagaimana untuk mencari pekerjaan dan membuat persiapan bagi temuduga.
Seorang pesalah yang sedang menjalani latihan pemulihan berkongsi dengan Mediacorp: "Bila di sini, impak kaunselor besar juga. Mereka baik, mereka tolong saya dengan banyak benda yang memberi tekanan kepada saya di sini."
"Saya suka programnya kerana programnya di sini buat kita belajar banyak benda yang berfaedah untuk keluarga dan kawan-kawan di luar," luah "Fai".
Pun begitu, Pakar Pemulihan Kanan Norashida Sahak menekankan, selepas pesalah dibebaskan, sokongan keluarga amat penting dalam proses pemulihan seterusnya.
Mereka harus terus memberi bimbingan dan menyokong bekas pesalah supaya tidak mengulangi kesilapan lama.
"Paling penting adalah sokongan daripada keluarga kerana bila pesalah-pesalah ini keluar, mereka akan kembali kepada keluarga dan keluarga harus teruskan memberi mereka sokongan dan bantuan yang sepatutnya," tegas Cik Norashida.

Sumber : CNA/NY/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.