Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar inflasi teras Singapura diramal capai kemuncak 4-4.5% pada suku ketiga

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Keadaan inflasi di Singapura dijangka semakin buruk sebelum menjadi lebih baik.

Dalam laporan tahunannya, yang dikeluarkan pada Selasa (19 Jul), Penguasa Kewangan Singapura (MAS) meramalkan inflasi teras akan mencapai paras kemuncaknya antara 4 hingga 4.5 peratus dalam suku ketiga sekarang.

Kadar itu dijangka turun kepada antara 3.5 hingga 4 peratus menjelang akhir tahun ini.

MAS juga meramalkan kadar inflasi akan turun lagi tahun depan, meskipun kekal melebihi kadar 1.5 peratus, iaitu kadar puratanya sejak 2,000. 

Menurut MAS, langkahnya untuk membenarkan nilai dolar Singapura meningkat sedang mula mengawal kenaikan inflasi. 

Sejak Oktober tahun lalu, nilai dolar Singapura sudah naik hampir 4 peratus berbanding mata wang rakan-rakan dagangan utamanya.

Dalam tempoh itu, MAS telah mengetatkan dasar kewangannya sebanyak empat kali.

Ia menganggarkan langkah tersebut akan mengekang kenaikan kadar inflasi teras, sebanyak purata 1.2 peratusan mata pada tahun ini dan tahun depan. 

Sumber : CNA/MU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan