Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar inflasi dijangka capai kemuncaknya pada suku keempat tahun ini, kata DPM Wong

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kadar inflasi di Singapura akan mencapai kemuncaknya pada suku keempat tahun ini, sebelum ia mula turun.

Dalam satu wawancara bersama ketua editor Bloomberg John Micklethwait, Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong menyatakan masih belum ada kepastian sejauh mana kadar inflasi itu akan merosot dan pada tahap manakah ia akan kekal stabil.

Beliau juga menambah bahawa kadar inflasi boleh terus meningkat disebabkan suasana geopolitik sekarang.

Namun ia juga tidak akan merosot semula ke tahap yang kita lihat sepanjang satu dekad yang lalu.

DPM Wong juga berkata pemerintah akan terus memantau keadaan ini.

Beliau turut memberi jaminan bahawa jika keadaan inflasi semakin memburuk, lebih banyak bantuan akan diberikan.

Antara yang disentuh dalam wawancara bersama Bloomberg termasuk semakan 377A dan rancangan pengambil alihan jawatan Perdana Menteri.

Transkrip wawancara tersebut turut dikongsi dengan media lain.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan