Kadar gula turun apabila pesakit kencing manis kerap pantau berat badan, kadar jantung: Tinjauan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu tinjauan menunjukkan, pesakit kencing manis Jenis 2 yang kerap memantau berat badan dan kadar jantung mereka di rumah,
boleh menyaksikan perubahan ketara dalam kadar gula mereka dalam tempoh enam bulan.
Dalam tinjauan yang dijalankan oleh Poliklinik SingHealth dan Pejabat Transformasi Jagaan Kesihatan Kementerian Kesiharan (MOH), seramai 160 pesakit berbuat demikian menerusi aplikasi pemantauan OPTIMUM untuk mencatat butiran mereka.
Mereka turut digalakkan untuk menonton video pendidikan bagi mengubah cara pemakanan mereka dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Sekiranya indeks kesihatan pesakit itu menurun, seorang jururawat kemudian akan mengambil langkah susulan.
Misalnya, mengingatkan pesakit untuk bertemu doktor.
"Saya dapat lebih pemahaman tentang makanan, tentang senaman yang saya harus lakukan untuk mendapat gaya hidup yang sihat," kata Encik Faridon Abd Aziz, pengguna aplikasi OPTIMUM.
"Alhamdulillah keadaan saya, penyakit kencing manis saya terkawal dan gaya hidup saya bertambah bagus," tambahnya.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.