Kadar faedah minimum Akaun Khas, Medisave dan Persaraan CPF kekal pada 4% bagi 2026
Anggaran Waktu Membaca:
Logo Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF). (Gambar fail: CNA/Ooi Boon Keong)
SINGAPURA: Kadar faedah minimum 4 peratus bagi semua Akaun Khas, Medisave dan Persaraan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan dilanjutkan selama setahun pada 2026.
"Langkah melanjutkan tempoh ini akan terus memberi kepastian kepada pencarum CPF mengenai pulangan simpanan CPF mereka di tengah-tengah sekitaran kadar faedah yang menurun," menurut Lembaga CPF dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam kenyataan bersama pada Isnin (22 Sep).
SUKU KEEMPAT
Kadar faedah 4 peratus untuk akaun Khas, Medisave dan Persaraan akan kekal tidak berubah pada suku keempat tahun ini, kerana kadar yang ditetapkan kekal di bawah kadar minimum 4 peratus.
Kadar faedah itu ditetapkan pada hasil purata 12 bulan Sekuriti Pemerintah Singapura 10 tahun (10YSGS) tambah 1 peratus.
Kadar faedah akaun biasa akan kekal tidak berubah pada kadar minimum 2.5 peratus setahun untuk suku keempat tahun ini, sedang kadar yang ditetapkan kekal di bawah kadar minimum.
Kadar faedah konsesi bagi pinjaman perumahan HDB, yang ditetapkan pada 0.1 peratus di atas kadar faedah OA, juga akan kekal tidak berubah pada 2.6 peratus setahun bagi suku keempat.
FAEDAH TAMBAHAN DIBAYAR
Pencarum CPF akan terus memperoleh faedah tambahan sebagai sebahagian daripada usaha pemerintah untuk meningkatkan simpanan persaraan.
Bagi pencarum berusia bawah 55 tahun, mereka akan memperoleh faedah tambahan 1 peratus ke atas S$60,000 pertama daripada baki gabungan mereka, yang akan dihadkan pada S$20,000 untuk Akaun Biasa.
Bagi pencarum berusia 55 tahun ke atas, pemerintah membayar faedah tambahan 2 peratus ke atas S$30,000 pertama daripada baki gabungan mereka, dihadkan pada S$20,000 untuk Akaun Biasa, dan faedah tambahan 1 peratus ke atas S$30,000 seterusnya.
Faedah tambahan yang diperoleh daripada baki Akaun Biasa akan dimasukkan ke dalam Akaun Khas atau Akaun Persaraan pencarum itu.
Pencarum yang berusia 55 tahun ke atas yang menyertai skim CPF LIFE akan tetap memperoleh faedah tambahan ke atas baki CPF gabungan mereka. Ini termasuk simpanan yang digunakan untuk CPF LIFE.
Pada 17 September, Lembaga CPF menyatakan bahawa penambahan secara sukarela melebihi rekod S$6.7 bilion dalam tujuh bulan pertama tahun ini, selepas pencarum menambah kepada akaun mereka disebabkan perubahan dalam sistem.
Jumlah tersebut merangkumi 316,000 pencarum yang menerima penambahan sukarela dari diri sendiri atau dari orang tersayang mereka.
Ia peningkatan yang ketara berbanding penambahan bernilai S$4.8 bilion pada 2024.
Ini juga berlaku selepas Dana Persaraan yang Dipertingkat dinaikkan daripada tiga kali ganda kepada empat kali ganda Jumlah Persaraan Asas.
Dana Persaraan yang Dipertingkat ialah jumlah maksimum yang boleh dimasukkan oleh pencarum CPF ke dalam Akaun Persaraan mereka untuk menerima pembayaran.
Mempunyai lebih banyak wang dalam Akaun Persaraan CPF bermakna pencarum boleh menerima pembayaran bulanan yang lebih tinggi.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.