Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar faedah CPF lebih tinggi berbanding kadar pasaran, kata Tan See Leng

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA:  Pemerintah terus membayar  kadar faedah Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang murah hati kerana adanya kadar minimum.

Demikian kata Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng di Parlimen pada Selasa (2 Ogos),  sungguhpun Singapura berdepan dengan persekitaran kadar rendah faedah sejak Krisis Kewangan Global.

Dr Tan berkata demikian semasa menjawab pertanyaan sama ada CPF akan menaikkan kadar faedah di tengah-tengah tekanan inflasi. 

Dr Tan menjelaskan  kadar faedah Akaun Biasa diperolehi daripada purata tiga bulan kadar faedah deposit tetap dan simpanan ketiga-tiga bank utama tempatan - DBS, UOB dan OCBC. 

Kadar faedah CPF antara Julai hingga September tahun ini ditetapkan pada purata tiga bulan kadar faedah sebanyak 0.09peratus.

Kadar faedah Akaun Khas, MediSave dan Persaraan ditetapkan berdasarkan purata hasil tahunan Sekuriti Pemerintah Singapura sepanjang 10 tahun tambah 1 peratus, menjadikannya 2.72 peratus yang diumumkan pada Mei.

Menjawab pertanyaan AP GRC Sengkang Louis Chua yang menarik perhatian tentang kadar faedah lebih menarik yang ditawarkan bagi akaun-akaun bank tertentu, Dr Tan mengingatkan bahawa tujuan sistem CPF adalah untuk menyokong sara hidup pada usia senja.

Lembaga CPF akan mengumumkan kadar yang dikemas kini pada bulan depan yang akan berkuatkuasa bagi tempoh Oktober hingga Disember 2022. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan