Kadar faedah CPF kekal tidak berubah dari Julai-September 2018
Para pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan terus menerima faedah sehingga 3.5 peratus bagi Akaun Biasa dan sehingga 5 peratus untuk akaun-akaun Khas, Medisave dan Persaraan dari 1 Julai hingga 31 September tahun ini.
(Gambar fail: Calvin Oh)
SINGAPURA: Para pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan terus menerima faedah sehingga 3.5 peratus bagi Akaun Biasa dan sehingga 5 peratus untuk akaun-akaun Khas, Medisave dan Persaraan dari 1 Julai hingga 31 September tahun ini.
Kadar ini termasuk faedah tambahan 1 peratus yang diberikan bagi S$60,000 pertama untuk gabungan simpanan pencarum - sebahagian daripada usaha pemerintah untuk meningkatkan simpanan persaraan para pencarum. Ini menurut Lembaga CPF dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam satu kenyataan media bersama pada hari ini (23 Mei).
Selain itu, para pencarum CPF yang berusia 55 tahun dan ke atas juga akan menerima faedah tambahan sebanyak 1 peratus bagi S$30,000 pertama baki gabungan simpanan mereka, menurut pihak berkuasa. Dengan ini, pendapatan tahunan daripada simpanan persaraan akan meningkat kepada 6 peratus.
Faedah tambahan yang diperolehi daripada Akaun Biasa akan disalurkan ke dalam Akaun Khas atau Akaun Persaraan.
Sekiranya pencarum berusia 55 tahun ke atas dan menyertai skim CPF LIFE, faedah tambahan ini masih boleh diperolehi melalui gabungan simpanan mereka, termasuk simpanan yang digunakan untuk CPF LIFE.
Kadar faedah konsesi bagi pinjaman gadai janji HDB, yang ditambat pada 0.1 peratus melebihi kadar faedah Akaun Biasa, akan kekal tidak berubah, iaitu 2.6 peratus sepanjang tempoh yang sama.
Kadar faedah bagi Akaun Khas dan Akaun Medisave akan dikekalkan pada 4 peratus bagi suku ketiga tahun ini, manakala kadar faedah Akaun Persaraan akan dikekalkan pada paras 4 peratus sehingga hujung tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.