Skip to main content

Singapura

Kadar faedah asas 4% bagi 3 akaun CPF dilanjutkan sehingga Dis 2023

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Sep 2022 06:06PM Dikemas Kini : 21 Sep 2022 09:00PM
SINGAPURA: Pemerintah melanjutkan kadar faedah asas 4 peratus bagi tiga akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) sehingga hujung tahun depan iaitu bagi Akaun Khas, MediSave dan Akaun Persaraan.

Menurut Pemerintah, lanjutan selama setahun itu bertujuan untuk membantu para pencarum CPF mengembangkan lagi simpanan mereka secara konsisten.

Dalam satu kenyataan bersama pada Rabu (21 Sep), CPF dan HDB menyatakan kadar faedah CPF disandarkan kepada instrumen pasaran yang mempunyai risiko yang sama. Ini memastikan para anggota CPF menerima pulangan yang wajar.

Menurut kenyataan tersebut, walaupun kadar faedah lebih tinggi baru-baru ini membawa kepada sandaran lebih tinggi bagi kadar Akaun Khas, MediSave dan Akaun Persaraan, ia masih kekal di bawah kadar asas 4 peratus.

Pemerintah menyatakan ia menyemak kadar tersebut secara kerap dan para pencarum CPF akan menikmati aras lebih tinggi bagi kadar asas atau kadar sandaran.
Sumber : CNA/DY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita