Kadar faedah Akaun Khas, MediSave dan Persaraan CPF naik kepada 4.14% pada suku keempat tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Calvin Oh/CNA
SINGAPURA: Kadar faedah Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dalam Akaun-akaun Khas, Medisave dan Persaraan akan dinaikkan kepada 4.14 peratus dalam suku keempat tahun ini, berbanding 4.08 peratus dalam tempoh tiga bulan sebelumnya.
Dengan akaun-akaun Khas, MediSave dan Persaraan menetapkan kadar melebihi kadar minimum 4 peratus, simpanan dalam akaun tersebut akan memperoleh 4.14 peratus dari Oktober hingga Disember, menurut Lembaga CPF dan Lembaga Perumahan (HDB) dalam satu kenyataan media bersama pada Jumaat (20 Sep).
Pemerintah juga sudah melanjutkan asas kadar faedah 4 peratus bagi semua caruman dalam Akaun-akaun Khas, Medisave dan Persaraan selama setahun lagi mulai 1 Januari hingga 31 Disember tahun depan.
Lembaga CPF dan HDB menyatakan langkah itu akan memberi kepastian mengenai pulangan daripada tabungan CPF mereka dalam sekitaran kadar faedah yang tidak menentu.
Kadar faedah bagi akaun tersebut ditambat pada hasil purata 12 bulan Sekuriti Pemerintah Singapura sepanjang tempoh 10 tahun, ditambah 1 peratus.
Kadar faedah bagi Akaun Biasa (OA) dalam suku keempat pula tidak berubah iaitu 2.5 peratus.

Sumber : CNA/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.