Kadar faedah Akaun Khas, MediSave CPF naik sehingga 4.01% pada suku ketiga; pertama sejak 2008
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kadar faedah bagi Akaun Khas dan MediSave (SMA) Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan meningkat kepada 4.01 peratus setahun pada suku ketiga tahun ini, naik buat kali pertama sejak kadar paling rendah empat peratus ditetapkan pada 2008.
"Ini disebabkan kenaikan hasil purata 12 bulan daripada Sekuriti Pemerintah Singapura 10 tahun (10YSGS), di mana kadar faedah SMA ditambat," menurut CPF dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Isnin (29 Mei).
Para pencarum CPF di bawah umur 55 tahun akan terus memperoleh faedah tambahan 1 peratus bagi S$60,000 (AS$44,400) pertama daripada gabungan baki mereka, dihadkan pada $20,000 bagi Akaun Biasa (OA).
Bagi pencarum CPF berumur 55 tahun dan ke atas, pemerintah membayar faedah tambahan 2 peratus bagi $30,000 pertama baki gabungan mereka, juga dihadkan pada S$20,000 bagi OA, dan tambahan 1 peratus bagi S$30,000 seterusnya.
Kadar faedah SMA ialah 4.01 peratus setahun dari 1 Julai hingga 30 September.
Kadar faedah OA akan kekal pada 2.5 peratus untuk tempoh yang sama kerana kadar OA yang ditambat kekal di bawah kadar paling rendah.
Sementara itu, kadar faedah konsesi bagi pinjaman perumahan HDB, yang ditambat pada 0.1 peratus melebihi kadar faedah OA, akan kekal pada 2.6 peratus setahun untuk tempoh yang sama.
Bagi kadar faedah Akaun Persaraan (RA), ia akan dikekalkan pada 4 peratus dari 1 Januari hingga 31 Disember.
Faedah tambahan yang diterima dalam OA akan dimasukkan ke dalam Akaun Khas (SA) atau RA, menurut CPF dan HDB.
"Sekiranya pencarum berumur 55 tahun ke atas dan menyertai skim CPF LIFE, faedah tambahan masih akan diperoleh bagi gabungan bakinya, termasuk simpanan yang digunakan untuk CPF LIFE," menurut mereka.
Ia menambah: "Pemerintah sedang meneliti persekitaran kadar faedah untuk memastikan kadar faedah CPF yang ditambat kekal relevan dalam persekitaran operasi semasa, mengambil kira prospek jangka panjang."

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.