Skip to main content

Singapura

Kadar ERP turun S$1 di 5 lokasi pada cuti sekolah Jun

Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dikurangkan sebanyak S$1 di lima lokasi ekspreswe semasa waktu pagi sepanjang cuti sekolah Jun yang akan datang, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (22 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar ERP turun S$1 di 5 lokasi pada cuti sekolah Jun

Gantri ERP di Ekspreswe Tengah (CTE). (Gambar: Google Maps)

SINGAPURA: Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dikurangkan sebanyak S$1 di lima lokasi ekspreswe semasa waktu pagi sepanjang cuti sekolah Jun yang akan datang, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (22 Mei).

Antara gantri ERP yang bakal menyaksikan kadar lebih rendah termasuk yang terletak di Ekspreswe Ayer Rajah menghala ke bandar sebelum Alexandra Road, di Ekspreswe Tengah (CTE) menghala ke arah selatan sebelum Braddell Road, serta di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) menuju ke arah barat sebelum Eunos Link.

Kadar yang dikurangkan itu akan berkuat kuasa bagi beberapa slot waktu antara pukul 7.00 pagi hingga pukul 10.00 pagi. Kadar baharu adalah seperti berikut:
(Gambar: Penguasa Pengangkutan Darat)
Kadar ERP yang disemak itu akan berkuat kuasa dari 2 Jun hingga 29 Jun. Kadar bayaran biasa akan disambung semula pada 30 Jun.

Kadar ERP di gantri lain kekal tidak berubah.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita